InstaMe

Thursday, December 31, 2009

2009..

Hari ini hari terakhir bagi tahun 2009...
Selalunya pada masa ni semua orang akan buat recap balik apa yang mereka dah capai dan apa yang berlaku dalam hidup mereka sepanjang tahun ni...
Dah jadi rutin tahunan pulak untuk tulis benda ni kan...
So, marilah kita singkap balik apa yang terjadi sepanjang tahun ini...

Bertunang - 26 Januari 2009
Pembukaan tahun yang bermakna bagi saya dan Habi...Setelah mengharungi pelbagai dugaan, kami berjaya mengikat tali pertunangan...majlis berlangsung di rumah saya...Sederhana, tapi penuh bermakna...


Memberi taklimat untuk Program Penghayatan Taman Laut
Mungkin ini berlaku secara kebetulan...Saya bersyukur kerana dapat memberikan maklumat yang berguna kepada peserta program walaopun agak kekok kerana mengetahui ada pihak media pada ketika itu...Untuk program ini, Chagar Hutang telah muncul di dalam program Adik Di 9, Kelab Disney Malaysia, dan Majalah KAWAN...(Tapi saya langsung tidak berkesempatan untuk menyaksikan program tersebut.. :p)

Menjayakan Kem siPenyu 2009
Tahun ini merupakan tahun ke3 saya terlibat dalam program ini...Kem SiPenyu tahun ini agak berbeza dari yang sebelumnya...Kerana kami bekerja di dalam kumpulan yang lebih besar...Dan ianya juga mendapat liputan dari sebuah majalah pelancongan antarabangsa yang membuat pendedahan mengenai aktiviti di Berjaya Hotels & Resort Pulau Redang yang juga merupakan penaja bagi program Kem SiPenyu..


Muncul di dalam 'back cover' TSA Newsletter...
Ini dikira pencapaian ker...?Entah lah....Saya pun tidak tahu sehingga seseorang yang baik hati telah men 'scan' gambar tersebut dan dihantar kepada saya...


Membentangkan 'Progress Report' M.Sc
Inilah waktu yang paling kritikal...Tetapi saya telah berjaya mengharunginya...Selepas ini, sekali lagi saya akan membentangkan laporan kemajuan ini...Dan harap-harap itu adalah kali terakhir...

Mewakili INOS ke Kejohanan antara PTJ
Buat pertama kalinya saya mendapat peluang mewakili INOS untuk acara sukan - Badminton, tenis, dan bola jaring...(Gila kuasanya..:p) Walao pun yang lain semua kalah, tapi kedukaan terubat juga bila kami mendapat tempat ketiga untuk perlawanan bola jaring...Itulah first medal yang saya dapat selama di UMT ni...Hehe...Sebelum ni malas sungguh nak bersukan....


Mengakhiri zaman bujang - 29 November 2009
Perkara paling besar yang berlaku di dalam hidup saya untuk tahun ini...Majlis perkahwinan kami akan diadakan pada tahun hadapn, bersama dengan adik saya...Diharap perkahwinan ini akan kekal hingga ke akhir hayat kami...Aminn....



Tidak dinafikan tahun2009 merupakan tahun yang paling bermakna bagi saya...
Setelah 2008 meninggalkan pelbagai parut di hati...
Suka, duka semua saya dah rasa...
Dan saya bersyukur sampai ke hari ini, saya masih lagi bernafas di bumi Tuhan ini...
Selepas ini kena buat Azam 2010 plak la kn...
Hehe...

No comments: