InstaMe

Monday, December 21, 2009

Dear Habi..

Dear habi,

Hampir sebulan saya bergelar isteri...
Ada 2 3 perkara yang masih lagi tidak berubah....

Mungkin kerana saya bukan lah terlalu 'perempuan'...
Saya jarang merajuk..
Jarang minta dimanjakan...
Dan jarang meraih perhatian...
Di sepanjang percintaan dan pertunangan kita...
Jadi habi mungkin sudah biasa dengan situasi tersebut...
Kerana itulah habi kurang sensitif...

Tetapi setelah bergelar isteri...
Secara tidak langsung, emosi saya juga berubah..
Terasa selalu ingin dimanjakan...
Ingin selalu merajuk dan dipujuk...

Kerana itu, saya semakin sensitif....
Tetapi seperti biasa...
Soalan yang diajukan...

"PMS ke...?"

Ingin sekali hati ini menjerit...

"Saya ni isteri awak...tak boleh ke nak merajuk sikit...?

Entahlah...
Saya tiada masa untuk memikirkan hal ini dengan lebih dalam...
Cuma kadang kala tersirat di hati...

Mungkinkah kerana saya terlalu berhati kering...
Sehinggakan habi juga telah menjadi terlalu biasa...
Dan pelik jika sesekali saya membuat 'perangai'..

Tiada apa yang berubah...
Cuma saya teringin...
Merasakan bagaimana perasaan mereka yang lebih 'perempuan'...
Dan berharap agar habi memahaminya...

No comments: