InstaMe

Monday, January 18, 2010

DIY..

Hi all,

Saya masih lagi dalam keadaan yang tak stabil....
Kerana terlalu banyak mengadap nombor2 di skrin lappie....
So sekarang ni nak membuat sesuatu yang lain pulak la...
Lama dah tak post benda2 yang dibuat sendiri kan...?

Bukan apa...
Dah dapat arahan...
Hantar final draf bulan Mac kan...
Kena la bertungkus-lumus skett....
Hehe....

Tapi kadang-kadang tu ngelat gak....
Besa la kan...

Saya dah tetapkan...
Hari Jumaat dan Sabtu adalah hari untuk koya2....
Tentang majlis perkahwinan nanti...
Tentang persiapan...
Tentang rumah....
Kiranya pada hari tersebut, saya dan Habi akan menghabiskan masa di rumah....
Membuat bunga pahar, dan sebagainya...
Dan pada waktu petang, kami selalunya akan keluar...
Untuk mencari bahan-bahan yang diperlukan....
Juga melawat kedai-kedai perabot....

Oleh kerana bajet yang agak terhad, kami telah bersepakat untuk membuat sendiri apa yang boleh dibuat....
Saya sememangnya berminat dengan benda2 DIY ni...
Jadi kiranya tak ada masalah la....
Di samping menjimatkan kos, kami jugak boleh pilih design sendiri yang kami suka...
Yang akan ditempah mungkin hanya untuk para VIP sahaja....

Oh ya, terima kasih kepada Mama yang sudi mensponsorkan surah Yassin untuk diberikan kepada tetamu nanti....
Mulanya bila mama suruh cari quotation, ingatkan nak buat dalam 100 pcs ja...
Tapi alih2 dia nak 1000 pcs...
Saya dan habi diam tak terkata....
Nasib baiklah bukan kami yang harus membayarnya...
Yassin tu kami tempah di sini...
Masih lagi dalam proses perbincangan...
Dah tengok designnya dan saya suka... :)

Untuk kad jemputan, kami bersepakat untuk menggunakan kertas recycle....
Konsep Green Wedding masih lagi dikekalkan...
Dan kami juga akan berusaha untuk meminimakan penggunaan kertas dan plastik...
Saya pun dah mula mereka-reka lay out dan design untuk kad, tq tags, dan stiker...
Jadi tengoklah hasilnya nanti...

Untuk bunga pahar....
Saya dah mula membuatnya skett2...
Ada 2 design...
Tengok gambaq skett la...




Ada lagi design yang bakal dibuat...
Cuma masa ja yang tak mengizinkan lagi...
Huhuhu...

No comments: