InstaMe

Sunday, February 7, 2010

Hadiah Hari Jadi Along...

Allah tidak pernah menghampakan permintaan hambaNya...
Ya, itulah yang berlaku....
selama 2 hari ini Along tidak putus-putus berdoa...
Agar Along dipertemukan semula dengan suri...
Tidak kira Suri dalam keadaan apa pun....

Semalam, pada hari lahir Along...
Along telah mendapat hadiah yang lebih bermakna....
Doa Along dan Habi selama ini dimakbulkan Allah....
Kami berjaya menemui Suri...

Suri...
Walaupun keadaan suri pada ketika itu sangat menyedihkan...
Along tetap redha...
Along pandang wajah Habi...
Terbayang kesedihan di matanya....
Kami bawa Suri yang sudah tidak bernyawa....
Kami kebumikan Suri di tempat yang sepatutnya...

Ya, semua permintaan Along telah dikabulkan...
Along berjaya mendapatkan Suri kembali...
Suri akan kekal seperti itu...
Seperti kami selalu cakap...
Suri tak payah la besaq...biaq macam ni saja....
Dan Along juga tahu...
Selepas ini Suri tidak lagi akan ke mana-mana...
Kerana Suri sudah bersemadi di rumah kita....
Dan Suri juga tetap terpahat di hati kami....

Semua yang mendapat berita tersebut tidak dapat menahan kesedihan...
Siapa yang tidak sukakan Suri...?
Semua orang di sini sayangkan suri...
Tetapi kami semua tahu, Allah lebih menyayangi Suri...
Apakan daya kami kerana Dia lebih berhak ke atas Suri...

Tiada lagi kucing gila yang makan apa saja...
Tiada lagi kucing comel yang suka memanjat apa saja...
Tiada lagi kucing baik yang suka naik kereta....
Tiada lagi kucing berenang Abang...
Tiada lagi Suri Syayang Busyuk Along...
Tiada lagi Ah suri Suri Ain...
Tiada lagi kucing yang akan dimandikan bapaknya...
Tiada lagi penunggu setia Along...

Suri...
Damailah engkau di sana...
Along redha dengan pemergian Suri...
Along tahu, suri menunggu Along....
Insya Allah, kita akan berjumpa lagi....
Di alam yang kekal abadi...



Salam Sayang,
Along...

1 comment:

myruz said...

suri tetap hidup dlm hati kami..
dimana sahaja..
setiap masa..
kerna begitulah jika dia masih ada..
sentiasa bersama kami..
tak kira dimana..
apa kami buat..