InstaMe
Friday, June 25, 2010
3 idiots..?
Yeah....
Masuk ni dah tak tao la kali ke berapa saya tengok movie ni....
Memang tak bosan la...
Sampai dah boleh hafal separuh daripada skripnya....
Hehehe....
Filem ni lain skett daripada filem Hindustan lain yang saya pernah tengok...
Kalao sebelum ni saya rasa yang paling saya suka adalah 'Dhoom'....
Sekarang ni cerita nilah yang berada di tangga teratas...
Mengisahkan tentang 3 sahabat (Rancho, Raju, dan Farhan) yang belajar kejuruteraan di ICE...
Pelbagai suka dan duka mereka tempuhi sepanjang perjalanan mereka...
Akhirnya, mereka terpisah...
Sehinggalah pada suatu hari mereka mendapat maklumat tentang rakan mereka...
Sepanjang perjalanan, mereka mengimbas kembali masa2 mereka bersama...
Apa yang paling saya suka pasai cerita ni adalah kita memang boleh belajar sesuatu...
Banyak sebenarnya yang boleh diambil dari cerita ini...
Mungkin kerana pemikiran saya dan Rancho @ Phunsukh Wangdu (Aamir Khan) adalah sama kot...
Saya sememangnya agak tidak bersetuju dengan sistem gred ni...
Kerana bagi saya, kita tak akan belajar sesuatu kalao kita asyik nak mengejar tempat pertama...
(Haha...ayat standard membela diri untuk orang pemalas seperti saya..)
Selain itu, filem ini jugak banyak mengupas tentang erti persahabatan yang sebenar...
Banyak jugak adegan yang boleh buat saya meleleh ayaq mata...
Misalnya ketika Rancho berusaha membawa ayah Raju (Sharman Joshi) yang sakit dengan menaiki skuter Pia (Kareena Kapoor)....
Dan juga apabila Raju dan Farhan (R.Madhavan) berjaya mencapai impian mereka berkat dorongan Rancho...
Adegan yang paling sweet bagi saya dalam cerita ini adalah apabila Pia menaiki skuter dengan memakai pakaian pengantin menuju ke arah Rancho...
Oh, memang tiba2 rasa macam ada angin berhembus di muka...
(Dan tiba2 ada skaf berterbangan dan semua benda bergerak secara 'slow motion'....)
Sekali tengok adegan tu macam cerita 'Pucca' pulak...
Hihi...
Pendek kata, tak rugilah kalao menonton filem ni...
Sebab semua ada, komedi, kasih sayang, persahabatan, pelajaran, diselang seli dengan cinta, dan macam2 lagi lah....
Kalao anda belum tonton, cepat2 tonton...
Ditayangkan sehingga hujung bulan ni di Astro box office (Channel 952)...
Mungkin esok saya nak tengok lagi...
Hehehe....
*************
p/s: ada orang tension bila balik kedah sebab asyik kena paksa tengok citer Hindustan ja...hihi...
Labels:
Happy Days
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
dah 1 juta kali dia tgk cite ni..aduish...
Post a Comment