InstaMe

Tuesday, November 30, 2010

Setahun...

Kalao dulu orang tanya aku, macam mana jejaka idaman aku...?
Panjang berjela senarai yang aku boleh bagi...

Tapi dalam senarai tu, yang paling atas sekali ialah dia mestilah Tak Merokok...
Itu saja dalam diri seseorang lelaki yang boleh buat aku nak pandang dia lebih dari sekali...
Ciri-ciri general yang semua perempuan nak seperti beriman, pandai baca quran, semua tu mesti la ada jugak dalam senarai...

Kali ni nak cakap secara fizikal pulak...
Ciri-ciri yang lebih spesifik la dari yang general tu...

Antara ciri-ciri jejaka idaman yang boleh buat jantungku gugur ialah:
- Muka mesti macam Cina - mata kena sepet
- Chubby, tapi tak gemuk - atao kata lain, comel
- Pandai main muzik dan menyanyi - boleh buat lagu khas untuk aku
- Suka pakai short - tak tao kenapa aku suka tengok laki pakai short
- Boleh dan sanggup memasak - ini kes bila aku malas masak @ sakit
- Boleh main basketball - sebab aku rasa laki yang main basketball ni macam 'cool' ja
- Kalao muka dia tak macam cina pun, kena ada ala2 pelakon bollywood la

Kiranya kalao tengok list kat atas ni, orang yang bakal jadi laki aku mesti la ala2 mamat dalam citer korea @ jepun kan...
Takpun yang ada gaya macam Aamir Khan atao Salman khan...
Tapi last2 aku terjatuh hati kat seorang lelaki ni...

Bila check balik list kat atas tu, yang dia ada cumalah skill memasak dan suka pakai short...
Muka memang pure jawa...
Nak kata chubby, jauh lagi kot...
Dah la 'tone deaf', bukan setakat xbleh main apa2 alat muzik, malah nak suruh nyanyi pun payah...
Kalo bersukan tu, boleh main tennis ngan badminton ja la...

Itulah yang dikatakan jodoh...
Biaq la panjang mana pun list yang aku buat...
Bila hati dah terpaut, list tu boleh la buat bungkus nasik lemak...

Kiranya bagi aku dalam dunia ni, tiada istilah 'Mr. Right'...
Sebab bila kita dah jatuh hati, jatuh sayang pada seseorang, semua yang berbentuk fizikal ni dah tak bermakna...
Apa yang membuatkan sesebuah hubungan tu berjaya adalah kerterbukaan kita untuk menerima pasangan kita seadanya...
Dan berkompromi dengan sebarang kelemahan yang mereka ada...

Dalam hubungan kami, Habi sentiasa menjadi pelengkap kelemahanku...
Dan kelebihan yang ada padaku dapat dijadikan untuk melengkapkan kelemahannya...

Beliao lebih bijak berbelanja berbanding aku yang kalao sekali shopping nak angkut 1 supermarket...
Beliao lebih sistematik berbanding aku yang selalu kelam kabut tak tentu hala...
Beliao juga lebih tenang berbanding aku yang kadangkala panas baran...

Jadi, pada aku, apa yang penting dalam sesuatu perhubungan adalah kesefahaman dan kepercayaan...
Dia percaya aku...
Aku percaya dia...
Itu dah cukup...

Tak payahlah setiap hari nak periksa emel dia, henfon dia semata2 nak cari kalao2 dia ada berhubung dengan mana2 perempuan...
Kami lebih terbuka...
Aku kenal rakan-rakan perempuannya...
Dia kenal rakan-rakan lelakiku...
Malah, kami selalu keluar bersama dengan rakan-rakan masing2...
Itu lagi 1 perkara yang aku rasa membuatkan kami lebih rapat...

Semalam, genap setahun aku menjadi isteri Ruzalizam Katimon...
Dalam masa setahun ini, kami belajar untuk hidup bersama...
Menerima kelemahan masing-masing...
Berkompromi dengan apa yang kami tak suka...
Berusaha untuk menerima dan memberi yang terbaik dalam perhubungan...

Rasa macam baru semalam pulak kami berdebar depan Tok Kadi...
Meraung depan Abah...
Rupa-rupanya dah setahun...
Jadi, bolehlah mulakan misi menghasilkan junior... :D

Untuk Habi tercenta,
Hepi eniveseri...
I lap u veri much...

I tujukan lagu ni khas untuk u tao... :D

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
And there's a couple of words I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night

I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my HUSBAND and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
And theres a couple of word I want to say

I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

I know that deep in my heart

~ Maher Zain ~


Layan gambaq jap...
Ni masa akad nikah...




Ini pulak masa resepsi...





Ini pulak selepas setahun...





Ada perubahan tak...?
Hehe...


******************
Sebenaqnya ada vidoe untuk anniversary ni...
Tapi rasanya tunggu sat la...
Ada benda nak tambah...
May be lepas tamat projek mega baru upload...
Ada 2 3 benda nak tambah...
:)

2 comments:

Liyana said...

alahai romentik nye... :)

Nurul said...

hihi..tenkiu liyana.. :)