Hari ni saya nak tunjuk satu lagi DIY yang senang dibuat...
Untuk kenduri2 boleh la cuba...
Tapi takdak step by step punya gambaq la ye...
Lupa nak snap...
Bahan2 yang diperlukan ialah bunga artificial...
Untuk yang ni, saya gunakan bunga2 stokin yang lebih time kenduri dulu...
Boleh jugak bunga2 lain...
Kira ikut citarasa anda masing2 la...
Lepas tu guna net yang selalu kita letak telur tu...
Potong ikut ukuran yang dikehendaki...
Kemudian kita perlukan sedikit riben, manik2 halus, dan juga manik2 yang kita dah ikat kat dawai halus (boleh jugak beli yang dah siap kat kedai...)
Bahan lain seperti gunting, pembalut batang, dan gula2...
Lepas tu kita cantukan dahulu bunga dan manik dengan guna pembalut batang...
Ikatkan dengan manik dan balut lagi sekali...
Kemudian, ikatkan pulak dengan net dan balut lagi sekali dengan pembalut batang...
Bila dah siap, bolehlah masukkan gula2 dan ikat dengan riben...
Jom tengok hasilnya...
Tadaaa....
Semua ada 3 kaler...
Ni kaler putih....
Ni kaler biru...
Senang dan cepat...
Yang penting comel....
Hehehe...
Cubalah...!
No comments:
Post a Comment