InstaMe

Monday, August 8, 2011

Sambal Terung dan Udang...

Salam semua,

Lama dah rasanya tak post resipi kan...?
Hehehe..

Banyak sebenaqnya gambaq yang dah ambik n edit...
Tapi takdak masa lagi nak upload...
Perasan sibuk la katakan...
Padahal dok umah ja...

OK la, masakan kali ni simple ja...
Saya makan waktu kat umah BFF hari tu...
Rasa sedap la plak...
So balik umah terus watkan untuk famili...

Jom la layan gambaq dulu..
Pasni baru tengok resipi ye...



Okess....
Jom tengok resipi plak...

Sambal Terung dan Udang...

Radas/bahan:

Bahan dikisar:
15 biji cili kering (Kalao suka pedas, sila tambah) - direbus selama 5 - 10 minit
1 biji bawang besaq
1 ulas bawang putih
1 inchi halia

1 biji terung (dibelah dan dipotong panjang)
300g udang kertas (Kalao nak pakai udang lain pun boleh)
1 biji bawang besar dipotong bulat
1 keping asam keping
Garam dan gula merah secukup rasa

Method:
1. Gorengkan terung sehingga kekuningan.
2. Gunakan minyak yang sama, tumiskan bahan yang telah dikisar.
3. Tunggu sampai pecah minyak dan masukkan asam keping.
4. Masukkan udang dan terung dan tambah sedikit air.
5. Perasakan dengan garam dan gula merah (boleh jugak tambah sedikit kicap kalao suka).
6. Masukkan bawang yang dipotong bulat dan tunggu sehingga layu.
7. Angkat dan hidangkan.

Haa...
Senang ja kan...
Memang nampak macam sambal besa...
Tapi dia ada rasa lain sikit sebab ada rasa lemak terung tu...
Kalao nak tao rasa dia macam mana, silalah cuba.. :)


No comments: