Salam semua,
Semalam, cukuplah dua tahun saya dan Sir Habi bersama sebagai suami isteri.
Sayangnya, tahun ni kami tak dapat nak sambut sama-sama.
Sebab beliao masih lagi di JB.
Menunggu interview.
Kalao semalam saya uploadkan video hasil nukilan saya,
Hari ni saya nak tunjukkan apa yang dibuat oleh Sir Habi.
Rupa-rupanya untuk tahun ini, kami berdua ada idea yang sama untuk menunjukkan rasa cinta masing-masing.
Cuma bezanya saya gunakan gambaq kaku (still) dan Habi gunakan video.
Tapi hasilnya tetap video sempena ulangtahun perkahwinan kami.
Tapi tu la kan...
Habi saya lagi romantik dari saya.
Jadi, smua orang pn cakap video dia lagi menyentuh perasaan.
Ya, saya memang 'kureng' bab-bab feeling ni..
Hehe.
Memang diakui la, setiap kali tengok video akad nikah, memang akan tersentuh.
Sebab akad nikah ni dijalankan di rumah.
Walaopun undang2 baru kat Kedah, semua akad nikah mesti buat kat masjid.
Saya pun tak tao macam mana saya boleh terlepas.
Memang saya agak ralat bila kena buat di masjid.
Bukan tidak mahu ambik berkatnya.
Tapi saya rasa lebih 'feel' kalao dibuat dirumah.
Kerana di situ saya membesar.
Maka saya rasa ia akan lebih bermakna jika saya 'diambil orang' juga di rumah itu.
Lagipun masa yang dipilih juga ada simboliknya.
11 pagi, masa saya lahir, dan juga masa Abah 'menyerahkan' saya kepada Habi.
Kiranya saya amat beruntung sebab impian saya untuk majlis akad nikah ni tercapai.
Alhamdulillah.
Part yang paling lawak ialah bila Abah tersalah sebut nama Habi.
Memang semua orang tergelak la.
Dan nasib baik jugak la part saya meraung-raung time salam dengan Abah, bateri kamera tiba-tiba abeh.
Kalao tak, memang lagi menyentuh la.
Malu pun ada.
Semua memang dah boleh agak scene tersebut akan berlaku.
Sebab saya memang 'Anak Abah'. :D
OK la, tak mao nak bebel lama2.
Jom la layan video Habi untuk saya pulak.
Tenkiu oppa... :)
Saranghae...
2 comments:
nice! best ada vdeo time nikah. aku tak dak pon. huhu.
Kami ni pun seb bek la ada yang sudi ambikkan video...
Kira nasib baik sungguh la..
huhu...
Post a Comment