InstaMe

Thursday, December 8, 2011

Nasi Nanas

Salam semua,

Hari ni nak kongsi resipi baru plak la.
Lepas ni memang akan selalu kongsi resipi la kat sini.
Almaklumlah, Sir Habi dah ada kat umah.
Maka, aktiviti memasak tegar dah bermula balik la.
Hehe.

Baru 2 hari Habi sampai rumah, dah berapa banyak resipi dah dibuat.
Memang membalas dendam betoi la. :D

Sebenaqnya dah lama nak buat nasik ni.
Nasik nanas ni adalah nasik untuk kenduri resepsi kami.
Semua yang merasanya memang teringat2 akan rasanya.
Resipinya tak sempat nak tanya sebab tukang masaknya dah kembali ke rahmatullah tak berapa lama selepas tu.

Hari ni memandangkan ada nanas lebih, maka cubalah buat.
Mana tao menjadi kn.
Tapi resipi kali ni saya ubah sedikit la.
Memandang saffron ada lagi, jadi saya pun masukkan sekali dalam nasik.

Dan hasilnya, memang tak mengecewakan.
Walaopun tak sama macam nasik kenduri kami (sebab kurang masin skett).
Tapi dah dapat tao la serba sedikit basic untuk buat nasik ni.

OK, jangan buang masa lagi,
Jom tengok resipi.

Nasi Nanas

Materials:
3 cawan beras
1 cawan susu cair
1 biji nanas masak (diblend bersama 1 cawan air)
3 ulas bawang merah (1 dimayang, dan selebihnya diblend bersama nanas)
3 ulas bawang putih (dimayang)
1 inchi halia (separuh diblend bersama nanas dan separuh lagi dihiris halus)
1 biji bunga lawang
3 biji bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
1 batang serai (dititik)
1 helai daun pandan
3 sudu mentega (untuk menumis)
Garam secukup rasa
1/2 sudu kecil saffron (direndam di dalam air panas)

Methods:
1. Cairkan mentega dan tumis bawang merah, bawang putih, halia, serai, dan daun pandan sehingga naik bau.
2. Masukkan susucair dan nanas yang telah diblend. Tunggu sehingga mendidih
3. Masukkan saffron dan beras. Tambah air secukupnya dan perasan dengan garam.
4. Masak nasik seperti biasa. Jangan lupa kacao apabila nasiknya dah mula mendidih untuk sekatakan warna dan ramuan dalam nasik.
5. Bila dah masak, angkat dan hidangkan.

Inilah hasilnya,




Kali ni kami makan nasik ni dengan ayam masak apa pun tak tao.
Kiranya resipi baru la ni.
Dan kami semua dah berpakat nak namakan resipi ayam baru saya ni Ayam Masak Ketumbar.
Nanti resipi akan saya post lain ye.

Selamat mencuba!
:D

No comments: