Dalam sibuk2 saya nak update pasai DIY majlis Angah tu, saya nak selit2 jugak la pasai anak kan...
Dan benda2 yang saya dah DIY untuk beliao...
Umair Rayhan dah nak masuk 9 bulan dah rupanya...
Dah mula nak meniti...
Lepas2 tangan untuk blajaq berjalan...
Sat ja rasa...
Ray dah start on solid food...
Saya seboleh2nya memang masak sendiri semua makanan Ray...
Waktu travel balik Johor hari tu ada la cuba2 bagi dia makan rusk n bottled food...
Tapi semua tu dia xlayan pon...
Last2 kena masak jugak la...
Wat bekal...
Waktu mula2 Ray start makan, saya try bagi puree buah dulu...
Tak la susah pon nak buat..
Cuma kukus semua buah, campuq ayaq zam zam n susu saya sket, then blend...
Puree yang dia paling suka ialah keledek campuq carrot n kismis...
Saya pelbagaikan campuran...
Kadang2 campuq dengan kurma...
Kadang2 guna betik, pisang, anggur...
Kadang2 bagi dia mashed potatoes..
Masa dia masuk 7 bulan saya mula introduce dia dgn protein dan nasik...
Mula2 bagi nasik kosong dengan carrot...
Then, mula tambah kombinasi...
Kadang2 nasi, carrot, dan sup ayam...
Kadang2 nasik, keledek dengan sup daging...
Kadang2 nasik, sawi, dengan sup bebola daging...
Kiranya Ray ni kalao nasik tu dia xkisah langsung nak campoq dengan apa...
Masuk ja 8 bulan, saya mula bagi dia kuning telur rebus...
Sebagai persediaan untuk MMR dia nanti kan...
Nak tengok sama ada dia alergik ka x dengan telur...
Alhamdulillah, Ray takdak masalah alergik dengan telur setakat ni...
Time ni jugak saya mula bagi Ray makan ikan...
Kombinasi yang selalu saya buat adalah nasik, avocado, dengan ikan bilis....
Atao nasik, carrot atao bayam atao broccoli dengan ikan kembung...
Setiap kali saya perkenalkan makanan baru untuk Ray, saya akan pastikan 4 hari berturut2 dia makan benda yang sama...
Untuk pastikan tiada allergic reaction terhadap mana2 kumpulan makanan tu...
Waktu ni dia dah start makan makanan yang betul2 dimasak dengan bawang, rempah ratus...
Saya jugak dan perkenalkan dia dengan pasta...
Mula2 saya try buat bolognese ayam...
Guna home made tomato soup, rosemary, dan ayam la kn...
Tapi dia xbrapa suka..
So saya akan try lagi sekali lepas ni..
Dan mungkin akan try resipi pasta yang lain plak...
Saya cuba kenalkan Ray dengan pelbagai jenis makanan ni sebab saya xmao dia jadi picky eater...
Kadang2 memang ada jugak makan yang dia xsuka...
Tapi kat situlah kita kena sabaq...
Bila dia reject, kita kna rehat dulu...then bagi dia try lagi...
In Sha Allah, dia akan boleh terima lepas tu...
Setakat ni Ray dah makan 3 meal sehari...
Breakfast dengan cereal, then lunch dengan nasik, n dinner pun dengan nasik...
Kadang2 saya akan try bagi snek buah-buahan di antara waktu makan dia...
Eh, panjang plak tulisnya...
Hehehe...ingat tadi nak buat brief aja...
Jom la tengok apa DIY lain yang saya dah buatkan untuk Ray...
Oh ya, sebelum tu..
Inilah gambaq terbaru nursery Ray..
Dia dah xmuat dah nak duduk atas changing table tu...
So akhirnya jadi tempat saya susun semua CD Ray...
Sekarang ni tegah dalam proses merangka system organizer untuk CD dia...
La ni Ray dah ada beberapa set cadar dan sarung bantal..
Set sarung bantal untuk kami bertiga...
Set sarung bantal sedondon dengan kami...
Untuk bib pulak, saya gunakan pattern cowboy bib..
Banyak jugak yang saya dah jahit untuk Ray...
Setiap bib akan ada mesej saya tuliskan atasnya...
Ni pulak percubaan saya personalized kan baju Ray...
Hehehe...
Ok la,
Setakat ni saja untuk kali ini...
Daa...~
No comments:
Post a Comment