InstaMe

Monday, November 23, 2009

Langkah-langkah ke Sana...

Well, I haven't really decided which language to use for this blog...For this post I've decided to use Bahasa Melayu....

I think I will use both, English and Malay...But only one language for one post...No rojak2...Ceh ni pun dah kira rojak....

Em...Whatever la...Janji anda2 paham...hehe...

Berikut adalah disenaraikan langkah-langkah untuk menuju hari bahgia anda...

Dimulakan dengan prosedur yang membabitkan borang-borang yang boleh melahirkan perasaan meluat yang melampao...
  1. Setelah semua pihak bersetuju dengan tarikh pilihan anda, bolehlah ke pejabat agama berhampiran untuk mendapatkan borang kebenaran berkahwin...harga borang bergantung kepada negeri...Contoh bagi kami, borang dari negeri Johor berharga RM10 manakala dari Kedah berharga RM5..
  2. Setelah mendapatkan borang, anda perlulah ke kelinik kesihatan yang berhampiran untuk menjalani ujian HIV...Kebanyakan tempat memerlukan anda membuat temujanji terlebih dahulu...Jadi anda kenalah bersabar untuk menunggu giliran...Seperti contoh di negeri beriman ini, hanya 3 pasangan sahaja dihadkan untuk 1 hari...(Padahal waktu bersembang dan menjawab telefon makcik jaga kaunter tu boleh digunakan untuk mengambil 2 pasangan lagi...) Pada ketika ini, kesabaran anda akan benar-benar teruji...
  3. Bila ujian HIV anda dan pasangan dah lulus, bolehlah ke langkah seterusnya...Setelah selesai mengisi borang dan menyediakan dokumen yang diperlukan, anda boleh terus menghantarkan borang ke pejabat agama negeri di mana pengantin perempuan bermastautin...Jika kes anda seperti kami, and perlulah ke pejabat agama negeri pengantin lelaki untuk mendapatkan borang kebenaran untuk bernikah di luar kawasan...(Adalah sangat-sangat disarankan agar anda meneliti terlebih dahulu segala maklumat dan butiran yang diisi oleh pejabat agama tersebut kerana bimbang jika ada kesalahan...) Seperti di dalam kes kami, nombor IC saya salah diataip..kesilapan itu memaksa Incik Crab untuk pulang semula ke Johor untuk membetulkannya dan orang tersebut hanya memotong no. yang salah dan tulis kembali dengan pen berserta initialnya di situ...Beliao tidak peduli pun untuk mungkin menaip kembali borang baru (Semuanya kerana kesalahan pihaknya...) Nasib baik Incik crab yang berada di situ...Jika saya, mungkin orang itu akan dihujani ayat-ayat pedas...(Penat aje naik bas semalaman kalo setakat nak potong ni ja..baik buat sendiri...Ingat Terengganu dengan Johor dekat ke...)
  4. Apabila borang permohonan dan borang kebenaran nikah telah lengkap diisi dan disahkan dihantar ke Pejabat Agama Negeri, anda akan diminta menunggu mungkin 2 atao 3 hari untuk borang tersebut diproses...Setelah selesai, anda hanya perlu membayar RM2 untuk 1 borang dan tunggulah sehingga kebenaran berkahwin dikeluarkan...Kebanaran berkahwin akan dikeluarkan di tempat anda memohon untuk bernikah...Di dalam kes saya, saya amat kecewa kerana saya tidak dapat bernikah di rumah...kebenaran bernikah hanya dikeluarkan untuk dibuat di masjid...Jika anda tinggal di Kedah, ini adalah undang-undang baru yang berkuatkuasa mulai tahun ini...Semua bakal pengantin DIWAJIBKAN bernikah di masjid....Bagi saya, saya bakal bernikah di masjid yang di dalam proses untuk dirobohkan....Arghhh tekanannya....

Itulah antara langkah-langkah yang perlu diikut untuk melangsungkan pernikahan..Bukannya mudah..Sekali imbas, memang nampak macam senang...tetapi sebelum borang-borang tersebut dapat disiapkan, anda akan berdepan dengan pelbagai dugaan dan halangan yang bisa mencabar kesabaran...Seperti yang selalu dikatakan, bukan senang nak buat benda baik...Jadi, jangan berputus asa..Anggaplah dugaan yang datang itu adalah untuk menguji sejauh mana cinta antara anda dan pasangan...Betoi tak...?

No comments: