InstaMe

Friday, December 11, 2009

Koew Teow Goreng...

Hi peeps,

Pagi Jumaat yang indah...
Oleh kerana Incik Habi ada di rumah, maka hari ni kena la memasak...
Pagi tadi dah makan 'big breakfast' kan...
So smua dah kenyang....
Jadi makan tengah hari haruslah bukan nasik....

Maka terhasil lah koew teow goreng untuk makan tengah hari petang jumaat ni...
Oleh kerana saya adalah super rajin hari ni, maka gambar keseluruhan proses telah diambil...

Bermula dengan proses meyiang dan membersihkan udang....


Kemudian disusuli dengan menyiang sayuran dan tauhu (read: tokua)...


Selepas bahan-bahan tumisan (cili kisar dan bawang) masak, masukkan udang....



Masukkan sayur-sayuran plak...


Ok, dah tengok proses, kita tengok pulak resipi...

Materials:

1 bungkus koew teow

Bahan yang dikisar:

3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putin
19 tangkai cili kering

5 sudu besar kicap pekat
5 sudu besar sos tiram
Udang (ikut suka)
Kuchai (ikut suka)
Taugeh (ikut suka)
Tauhu (ikut suka)
Garam secukup rasa

Methods:

1. Tumiskan bahan-bahan kisar sampai pecah minyak
2. Masukkan udang, tauhu, sos tiram, dan kicap
3. Perasakan dengan garam
4. Agak-agak udang dah masak, masukkan koew teow, kacao sebati
5. Masukkan taugeh dan kuchai
6. Gaulkan sebati sehingga koew teow lembut
7. Angkat dan hidangkan

Ni la hasilnya...
Senang, cepat, dan murah...
Yang penting, air tangan sendiri untuk Habi tercenta...



Cubalah!

No comments: