InstaMe

Wednesday, January 20, 2010

Ikan Goreng Paling Sedap...

Hi peeps,

Semalam p jalan-jalan kat pantai....
Alih2 terjumpak ikan jaket...
Sememangnya kami dah lama cari ikan ni...
Sebab nak masak sesuatu....
Hehe...

Inilah resipi ikan goreng paling senang dalm dunia....
Tapi rasa dia...paling sedap dalam dunia....
(Hiperbola sungguh...)

Mai tengok ceman nak masak ikan ni...

Materials:

4 peket Perencah nasik goreng ADABI
(Seperti biasa - sila hantar bekalan untuk setahun atas promosi ini...)
5 ekor ikan jaket
Perahan air limao nipis secukup rasa
Garam secukup rasa

Methods:

1. Siang dan bersihkan ikan. Buat belahan di bahagian belakang ikan
2. Masukkan perencah ke dalam mangkuk dan gaulkan dengan perahan air limao nipis
3. salutkan ikan dengan perencah tersebut, banyakkan di tempat belahan.
4. Perasakan dengan garam
5. Biarkan seketika (kalo nak lebih sedap, perapkan semalaman)
6. Goreng

Ha...
Senang kan...?
Resipi ni asalnya daripada Kak Wan...
Kredit haruslah kepada beliao...
OK, gambaq....



Silalah cuba!

No comments: