InstaMe

Wednesday, January 6, 2010

Mari Memasak Gulai Ikan

Hi smua,

Hari ni kita nak masak gulai ikan....
(Bajet macam chef kt tv la tu...hehe..)
Mari kita tengok bahan-bahan dan cara memasaknya....

Materials:

Ikan (tak kisah ikan apa, ikan kayu ka, ploktan ka, hatta ikan temenung pn sodap...)
1 peket Serbuk kari ikan
(Saya pakai Cap 'O' atao 'Malaysianea' - sila hantar bekalan utk setaun atas promosi ini..)
6 -7 batang kacang bendi
Santan 1 peket
Herba campur
1 biji tomato
Sedikit air asam jawa
1 tangkai daun kari (ceraikan daun dari batang dulu..jangan main masuk ja)
Garam secukup rasa

Tumbuk: (Sila gunakan lesung batu)

4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
(Bahagikan kepada 2 bahagian: separuh untuk tumis dan separuh dimasukkan dalam bancuhan serbuk kari)

Methods:

1. Siang dan bersihkan ikan
2. Tumiskan bahan tumbuk bersama herba campur dan daun kari sehingga naik bau
3. Masukkan bancuhan serbuk kari dan tunggu sampai pecah minyak
4. Masukkan ikan dan biarkan sebati dengan rempah
5. Tambahkan santan dan kacao sebati (Tapi jangan terlalu kuat kacao, takut ikan hancur)
6. Masukkan kacang bendi dan air asam jawa
7. Perasakan dengan garam
8. Tunggu sehingga mendidih dan masukkan tomato. Biarkan sebentar dan hidangkan


Nota kaki:

Resipi ini juga boleh diaplikasikan ke atas sotong atao udang...
Caranya sama saja, yang berbeza cuma bahan...
Jika anda tak mao terlalu berlemak, gantikan santan dengan air - jadilah gulai mamak....


Orang utara kalao dapat gulai ni, makan memang tak ingat la...
Hehe..tambah pulak dengan ulam dengan sambal belacan....
Memang syokk ah...
OK, masa bergambar kenangan bersama gulai...


Sila cari tomato di dalam gambaq ini...hehe...

Selamat mencuba!



Tiba-tiba teringat gulai abah...aduh...memang terangkat aaa....

No comments: