InstaMe

Wednesday, January 13, 2010

Warkah Buat Bendahari

Kehadapan Bendahari yang kami kasihi,

Ketika warkah ini menemui anda, mungkin akaun masih lagi tidak dibuka...Sudilah kiranya anda mendengarkan rintihan pilu kami semua di sini...Kami sedar kami hanya kuli...Tetapi kami juga perlu menggunakan uwang...Sama ada untuk makan, mengisi minyak, membayar sewa rumah, menjelaskan bil, dan sebagainya...Kami tidak tahu apakah kesilapan yang telah kami lakukan hingga pihak anda tidak sudi mensetelkan pembayaran upah kami...Maka kami di sini amat berharap agar akaun anda akan dibuka segera untuk membolehkan kami meneruskan kehidupan dengan lebih bermakna...Pada ketika ini, kami hanya mampu makan sardin dan telur goreng...Jika bernasib baik, kami dapat makan ikan bilis goreng bersama sambal...Makanan paling mewah bagi kami pada ketika ini hanyalah roti canai yang dicampur dengan kuah banjir untuk mengembangkan roti tersebut dan dapat mengenyangkan untuk jangka masa lebih lama...Tahukan anda bahawa kami bukan sahaja menyara diri sendiri, tetapi juga beberapa ekor haiwan berbulu yang sangat rakus...?Kadangkala makanan mereka lebih mahal daripada kami....Diharapkan anda sudilah mendengar rayuan kami...Kami berharap agar upah kami akan dapat dibayar sebelum kami semua pengsan akibat terlalu lapar...

Sekian, Wassalam...

Pecah kaca, pecah gelas,
Sudah baca, sambung wat keja..


Yang benar,
Kami

No comments: