InstaMe

Saturday, February 27, 2010

Piza dan Roti Pita sardin

Haaa....
Dah cakap sebelum ni kan...
Nak postkan resipi piza sardin tu...
Tapi kali ni ada macam tawaran menarik la kan...
Sebab dapat 1 lagi resipi percuma...
Yang datang sekali dengan pekej roti pita...
Iaitu Roti Pita Sardin...

Roti pita sardin ni mula2 saya makan kat Redang...
Kedai tepi Berjaya...
Saya sangat suka, sampai setiap kali ada peluang, mesti nak makan...
So, try2 la buat sendiri...
Kiranya lepas ni kalo rindu, boleh la buat sendiri...
Tak payah susah2 nak pegi Redang... ;p

Ok, jom tengok resipi...

Piza Sardin (Edisi bajet)



Radas/bahan:

1 @ 2 keping roti pita (Saya guna jenama Fisrt Choice)
1 tin kecil Sardin (Semestinya Ayam Brand)
1 sudu besar mayonis
1 keping keju cheesedale (Kalo banyak duit, boleh pakai keju lain...)
Sedikit perahan limao nipis
Garam secukup Rasa

Method:

1. Buang tulang dari isi ikan sardin. Hancurkan isinya dengan garfu dan perasakan dengan garam dan air limao nipis
2. Letakkan roti pita di atas dulang pembakar
3. Sapukan sardin di bahagian atas roti
4. Letakkan mayonis dan ratakan ke keseluruhan inti
5. Taburkan keju yang telah dipotong halus
6. Bakar selama 10 minit @ sehingga keju cair


Roti Pita Sardin



Radas/ Bahan:

1 keping roti pita (dipotong 2 dan dibuka lubang tengahnya)
1 tin kecil sardin @ guna lebihan sardin piza
2 sudu besar mayonis
Hirisan timun dan tomato (ikut suka)
Sedikit perahan air limao nipis
Garam secukup rasa

Method:

1. Asingkan tulang dari isi ikan sardin. Hancurkan isinya dan perasakan dengan garam dan air limao nipis
2. Sumbatkan inti sardin tersebut ke dalam bukaan roti pita (berhati-hati, jangan sampai roti pecah)
3. Sapukan sedikit mayonis kedalam inti
4. Masukkan hirisan timun dan tomato ke dalam inti
5. Bakar selama 10 minit



Selamat mencuba!

No comments: