InstaMe

Saturday, February 27, 2010

Wanita, Isteri, Kerjaya, & Rumah Tangga

Hi peeps,

Banyak sangat yang saya nak ceritakan di sini...
Apakan daya, masa saya amat terhad sekarang...
Tetapi saya sangat sukakan hidup yang begini...
Berkejar ke sana sini...
Berjumpa pelbagai jenis manusia...
Dari duduk terperuk di dalam ofis...
Boleh buat saya gila sebentar...

Incik Habi telah selamat berpindah masuk ke rumah saya kami...
Ini bermakna, saya telah pun memulakan 1 lagi kehidupan baru...
Iaitu sebagai suri rumah, walao pun bukan sepenuh masa...

Minggu pertama, agak kelam kabut bagi saya...
Yalah, dah biasa hidup membujang...
Rumah bersepah sedikit tak apa...
Pinggan mangkuk berlungguk dalam sinki tak kisah bila nak dibasuh...
Baju bertimbun dalam bakul bila rajin baru dicuci...

Tapi bila tinggal bersama suami...
Adakah sanggup untuk membiarkan rumah tidak terurus...?
Jadi, rutin harian di rumah semakin bertambah...
Nasib baik saya telah berlatih sedikit-sedikit setelah membuat keputusan untuk berkahwin dahulu...
Tidaklah rasa begitu membebankan...

Sehingga hari ini,
Saya berjaya mengotakan janji saya...
Untuk menyediakan sarapan setiap pagi...
(Tak pernah miss lagi setakat ni...hehe...)

Kami juga telah menghiaskan rumah sedikit demi sedikit...
Walaopun masih belum sempurna sepenuhnya...
Tapi dah nampak bezanya dari rumah orang bujang...
Projek DIY kami seterusnya adalah...
Membina sebuah meja jepun yang boleh memuatkan semua orang...
(Semua orang yang selalu makan malam di rumah kami...)

Oh ya, dah lama tak post resipi kan...?
Hujung minggu ni, saya membuat piza sardin untuk sarapan...
Sangat senang, kerana saya tidak membuat sendiri crust pizza...
(Kerana yis saya hilang entah ke mana...nak beli malas.. ;p)
Resipi telah diubah suai menggunakan roti pita...

Emmm....macam dah panjang entri ni...
So, saya buat entri lain la untuk resipi tersebut...

Till then,
Have a great weekend peeps!

No comments: