InstaMe

Tuesday, February 2, 2010

Selamat Hari Tua Syam..!

020210...

Genaplah usia Syam 27 tahun...
Tarikh tersebut juga dikongsi bersama Echot...

Maka, apa lagi...
Makan besaq la...
Jugak bersempena dengan kepulangan Ijat dari Perancis...
Jadi kami memasak menu istimewa bagi kami iaitu:

Nasik Telur

Nak masak nasik telur ni senang ja...
Cuma prosesnya agak rumit dan cerewet...
Asalnya nasik telur ini adalah resipi Istana dari Terengganu...
Sebab tu la proses pembuatannya sangat teliti dan renyah...
Jadi mari kita tengok resipinya....

Materials:

Nasi yang telah dimasak (mengikut amaun yang diperlukan)
10 biji telur (untuk 4 1/2 pot nasi)
600 g daging (dipotong dadu)
600 g hati ayam (dipotong dadu)
Minyak untuk menggoreng

Methods:

1. Pecahkan telur dan kacao sebati. Gorengkan.
- Cara untuk menggoreng: masukkan telur ke dalam penapis dan kirai seperti membuat roti jala. Ini adalah untuk menghasilkan butiran telur goreng yang halus.
2. Daging dan hati yang telah dipotong direndamkan ke dalam air garam buat seketika.
3. Goreng hati dan daging sehingga garing
4. Gaulkan semua bahan bersama nasik dan hidangkan.

Nasik telur ini sesuai dimakan bersama rendang atau gulai ayam....
Tapi dulu kami try makan dengan sambal udang petai pun OK jugak...
Jom tengok gambaq...

Nasik telo bersama gulai ayam..

Boleh jugak ditambah kacang peas...tapi kami tak suka...

Boleh jugak dimakan bersama rendang ayam...

Kek besdey khas untuk Syam...Habi nak kredit untuk tukang tabur kacang...

Beramai-ramai di PGC..Ala gambaq sendiri plak tak dak...

Potong kek...

Apak cuba menunjukkan tahap kesedapan kek...

Hasil peninggalan...


Kepada Syam dan Echot...
Selamat Hari Lahir...
Selamat menjadi tua...
Semoga dipanjangkan umur...
Semoga dimurahkan rezeki...
Semoga cepat-cepat dapat jodoh....


Kalao Mama tao resipi ni resipi istana, mesti dia nak cepat2 buat nasik telur ni...hehe....

No comments: