Keji tak saya, lepas kenduri baru nak bagi tao....
Sebabnya saya xnak ada orang bagi benda yang sama dengan saya....
Kalao ada orang yang nak bagi benda yang sama pun, kna bagi saya yang buat dulu...
Boleh ker macam tu...?
Keh..keh...kadang2 sifat nakal tu ada lagi la dalam diri saya...
Sebab saya tak nak kebetulan nanti tiba2 ada pulak orang yang bersusah payah nak bagi benda yang sama macam saya bagi... (Lawak ja..:p)
OK la, kita tengok apa yang kami bagi untuk tetamu pada majlis resepsi kali ni....
Kalao dulu waktu nikah saya bagi kurma coklat dan dodol, kali ni kami bagi lain pulak...
Ada 2 jenis beg dengan isi yang berbeza...
Ini adalah apa yang diisi dalam beg VIP...
Dalam beg ini, terdapat yassin, kurma & kismis, honeystix, butter cookies, dan pulut kacao (wajik)
Butter cookies, semua orang cakap sedap....nyam2...cookies ni ada 2 perisa, biasa dan coklat...tapi yang coklat dah abeh, tak sempat nak ambik gambaq...Dan ianya dimasukkan dalam sampul khas yang juga diperbuat dari recycle paper...diilhamkan dari sini:
Source: http://momomushy.blogspot.com
Ini pulak untuk beg tetamu lain....Source: http://momomushy.blogspot.com
Terdapat 3 pilihan....
Kurma & kismis, kapal terbang mini, dan kuih bakar....
Setiap tetamu akan mendapat 2 jenis...
Iaitu kurma & kismis serta salah 1 daripada kuih tradisional tersebut...
Kalao diperhatikan, kurma dan kismis tersebut memang diberikan kepada semua tetamu....
Itu adalah idea mamita saya...
Kerana katanya kalao kurma dan kismis diberi, tak kira tetamu tersebut orang tua atao muda, semua boleh makan...
Tentang yassin pula, itu merupakan nazarnya...
Walaopun tidak semua orang mendapatnya, cukuplah sekadar memberikannya kepada rakan-rakan, jiran dan keluarga terdekat...
Mudah-mudahan jika mereka membacanya, kami juga dapat menumpang keberkatannya...
(Ye tak..?)
Kiranya semua yang diberi tu adalah manis2 belaka...
Sememangnya manisan akan diberikan kepada tetamu supaya dapat memaniskan mulut mereka dan berfikir tentang yang manis2 ja tentang majlis kami...
(Aci ker macam tu...? hehe..)
Semua yang diberi adalah ditempah khas...
Hanya yang terbaek dari ladang...
Untuk mereka yang sudi hadir dan memeriahkan majlis...
Ini adalah salah 1 cara untuk kami menghargai mereka...
Terima kasih kepada yang sudi datang ye...
No comments:
Post a Comment