Sekarang ni baru la rasa selesa skett nak cakap pasai majlis kawen saya tu...
Bukan apa, dah selesai kan...
Barulah nak bercerita pun rasa senang hati ja...
Kalao ditengok2, sebelum ni tak banyak yang saya cerita pasai persiapan....
Sebab saya takut kalao apa yang saya rancangkan tu tak menjadi...
Malu plak nanti bila yang digembar-gemburkan sebenaqnya takdak apa2 pun...
Itulah ceritanya kenapa saya memilih untuk cerita semuanya lepas majlis dah selesai...
Dah habis cerita pre-wed, step seterusnya adalah menempah kad kawen...
Kalao dilihat dari entry lepas, memang saya ada cakap nk buat kad kawen sendiri...
Untuk menjimatkan bajet dan alasan yang paling kukuh....
Saya sangatlah cerewet...
Jadi bukan mudah untuk saya nak suruh orang buat sesuatu untuk saya...
(Heh, memang buruk kan perangai..?)
Bila dah ada 2 pengantin, dicampur dengan pasangan masing2...
Dan ditambah pulak dengan mak ayah...
Maka semuanya akan menjadi agak huru hara...
Jadi, untuk memuaskan hati semua orang, kami mempunyai 3 jenis kad kawen..!
(Oh, itu belum dicampur dengan kad kawen emergency yang dibuat last minute...)
Jumlah semua kad kawen mencecah 2000 keping kalao tak silap...
(Sakit tangan dok gunting bulatan2 tu...padan muka..!)
Sebab tu la last2 minit kami buat yang paling simple...
Tapi masih mengekalkan tag atao tanda nama kami...
(Riben biru dan bulatan putih yang dilekat pada envelop...)
Kad kawen VIP pula ditempah dari Warna-i untuk Farhana...
Manakala untuk saya, ditempah dari ArtChetak...
Kedua2 kad adalah mengikut citarasa kami masing-masing....
Saya dah banyak kali berurusan dengan Kak Durra dari ArtChetak..
Setiap kali, hasilnya amat memuaskan...
Dan sebab itulah saya mempercayai beliao...
(Boleh kot nanti utk kenduri cukur jambul ke, anniversary ke..menggunakan khidmat akak lagi...?)
Kita tengok gambaq dulu na...
Pehtu sambung cerita lagi...
Inilah kad2 kawen kami...
Ini pulak kad yang saya buat sendiri...
Designnya adalah bersempena dengan bunga kegemaran saya iaitu tulip...
Kad ini diperbuat dari kertas recycle...(Kalao sapa2 nak contact no. supplier, boleh emel saya...)
Manakala sampulnya diperbuat dari kertas surih (tracing paper)...
Riben dan bulatan itu menggambarkan tema kami...
Biru dan putih...
Cerita di sebalik kad ini...
Sebenarnya kad ini terhasil dengan titik peluh dan air mata saya...
Banyak kisah yang berlaku di sebalik pembikinan kad ini...
Saya pun malas nak cerita banyak2...
Yang penting, ramai yang menghargai kad ini...
Saya jugak dah terima order untuk majlis hujung taun ini...
Tapi, kalao ada sesiapa yang nak tempah, anda xkan dapat 'tulip' tersebut...
Saya akan sediakan design lain...
Kerana tulip tersebut adalah 'simbolik' cerita chenta kami....
Tak boleh share dengan orang lain ye...
Kiranya, bab kad ni, saya sangat puas hati...
Baik yang ditempah atao yang dibuat sendiri...
Kedua2nya menepati citarasa dan tema kami...
Yang paling penting, saya mahukan kad ini diingati oleh sesiapa yang menerimanya...
Saya rasa berjaya kot.. ;p
*******************************
Cerita selepas ini...
Oleh kerana saya amat tertarik dengan idea doily paper Kak Durra tu,
Saya pun tempah lagi untuk letak kat goodies bag kami...
Kalo nak tengok, beg tersebut pun sepadan dengan kad...
Nanti ye...
5 comments:
salam
great job dear... really inspiring!!! bole tak nak tau supplier recycle paper yg chantek tu? email me ya camoubabe@yahoo.com
all the best darling
salam
i minat sgt tgk u punye hand made wedding card tu..
i pn nk tau supplier for the recycle paper n also where did u get the sampul (tracing paper)?
and how much u spend per card?
nnt email i k!
freak_sya@yahoo.com
as'salam.. saya berminat la dengan recycle paper termasuk tracing paper tu..
pls email me bout the supplier eh :)
msyunnsein@yahoo.com.my
tenkiu so much!
minat sgt dengan recycle paper termasuk tracing paper tu..termasuk sekali brown paperbag.
pls email me about the supplier ye
iey_man@yahoo.com.my
sory silap iey_man@yahoo.com
Post a Comment