InstaMe

Friday, June 18, 2010

Senarai Terima Kasih...

Hi peeps,

Mula2 ingat nak buat entry pasal beg...
Tapi rasanya saya perlu buat entry ni dulu kot...
Sebab tanpa 'orang-orang kuat' ini, majlis kami takkan berjalan seperti yang dirancang...
Saya akan cuba menyeraikan sebanyak mana nama yang boleh...
Tapi kalo ada yang tak tersenarai tu, jangan ambil hati ya...
Saya berterima kasih kepada anda semua jugak...
Mungkin saya terlepas pandang kot...

OK, it's going to be a looooooong list...
So kalao rasa2 banyak keja tu, esok lusa ja la baca ye...
Hehe....

Saya mulakan dengan kedua ibu bapa saya yang telah mensponsor hampir sebahagian besar majlis ni...
Daripada makanan, khemah, sehinggalah ke cadar katil..
Terima kasih yang tidak terhingga kepada mamita dan papito...

Hj. Zakaria Mansor (A.M.K, P.C.K, B.K.M)
(Gatai gak nk ltk pingat kt blakang...Hola dh kat kad kawen beliao tak bagi letak, nak berbangga dengan beliao dalm blog ja takkan tak bleh kot.. ;p)

Hjh. Rosni bt. Ahmad (W.W.F, M.N.S ~ tipu ja...haha...)

Juga kepada adik-adik tercenta yang banyak membantu....
Angah, Achik, Abang, Nadiah, Angemi, Bedat..


Jutaan terima kasih kepada mereka-mereka ini:

Incik Sayed a.k.a Incik tanpa nama atas design hantaran yang boombastic...

Cik Ain selaku Tukang mekap bertaoliah...

Cik Semardiah selaku penyepit dan tukang letak mascara...

Incik Waremon selaku second cameraman...

Cik Sebarnosh selaku pengkritik bebas...

Mak Cik Faridah dan anak2, Mak Su Not, Mak Su Shidah, Mak Cik Di, Rabiatul, Izzah, Tok Bedah dan semua yang bertungkus lumus menyiapkan beg....

Mak Cik Syah selaku runner majlis keseluruhan dan juga majlis Khatam Quran...
(Oh ya, tak sangka mamita n papito wat jugak majlis ni...seprais tao sebab last2 minit baru depa bagi tao...Siap makan daging rusa lagi malam tu....so sweet....)

Mak Teh Midah, Mak Cik Faridah, dan Mak Su Not yang bertindak sebagai penghias meja makan pengantin...

Mak Cik Shidah yang sanggup menumpangkan kek kami di peti ais besarnya...

Pak Cik Mail dan Cikgu Nor Alam serta team Pakatan Taman Pertama yang bertugas menyediakan hidangan....

Pak Bi, Pak Lim, Pak Ndak, Pak Cik Awi, Pak Long, dan semua yang bertugas melayan tetamu...

Pak Nan and the geng yang jadi tukang basuh pinggan...

Makcik2 main kutu bunga telur Taman Pertama yang mensponsor semua bunga telur...

Mak Long teh, Mak Cik Di, Kak Mala, dan Kak Norli yang sponsor bunga telur dan gula2....

Mak Cik yang sponsor hidangan meja pengantin
(maaf, saya tak tao sapa...tapi rendang ayam tu superb...sedap...)


Mak Cik Ana dan Mak Cik Rosnah yang sponsor dadih....
(Saya suka dadih yam campur jagung tu...nyam2...)


Tak lupa jugak kepada mereka yang sanggup datang dari jauh...

Syam, Ijat, dan Jie yang datang dari Terengganu...
Mek Ra, Roy, dan Huna yang datang dari KL...
Makcik Lina yang datang dari Terengganu...
Cik Habir dan isteri dari Terengganu...
Cik Sulong dan Kak Wan dari Terengganu...
Dayat dan suami...
Aida dari Terengganu la jugak kiranya...
Rombongan dari Mahang ~ Abg Mijan, Alang, Mak Su Oya, Tok Cik Mah...

Rombongan pengantin lelaki - Cik Li yang datang dari KL bersama keluarga...

Kepada rakan sekolah rendah, Nadhir yang sanggup datang awal sebab tak dapat datang pada hari kenduri...siap bawak hadiah lagi...Terharunya...huhu...

Cik Meh yang tak sampai, tapi hadiahnya sampai... :D

Juga kepada Zaman yang sanggup singgah walaopun tak makan, dapat ambik gambaq ja...

Dan yang paling mengharukan, Pengetua sekolah saya dulu, (Sek. Men. Keb. Sultanah Asma)
Puan (Datin) Che Hasnah jugak sanggup datang....

Tak lupa jugak cikgu2 dari sekolah rendah dahulu seperti Cikgu Rozidah, Cikgu Mokhtar...

Itu yang saya nampak dan jumpak...Tapi apa2 pun, kepada semua yang datang, jutaan terima kasih kami ucapkan kerana sudi hadir ke majlis yang tak seberapa ni....


Last but not least....

Kepada semua vendor kami...
ArtChetak, Warna-i, Bee connection, Mardie's cookies, Mak Cik Salmiah, supplier kurma dan kismis, supplier kapal terbang mini, dan semua yang sudi mensponsor kuih, bunga telur, dan sebagainya....

Tak lupa jugak kepada gerai ayam golek, laksam, bubur kacang, dan air jambu...

Sesungguhnya, tanpa anda semua, majlis ini tidak akan berjaya...
Sekali lagi saya ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat.... :D

* Tetapi dalam banyak2 orang, saya rasa saya paling terhutang budi kepada beliao:

Ruzalizam bin Katimon

Suami saya yang tercenta...Yang membantu saya sejak dari mula hingga ke hari majlis berlangsung...Thank you soooooooooooo much abg...


Panjangnya...huhu....

No comments: