Pada hari Sabtu yang lepas, Cik Ain selamat dah ditunangkan dengan pilihan hatinya....
Baru hari ni bleh wat review...
Ya la, kami baru ja meng complete kan perjalanan semelesia...
Nantilah bila ada masa, kami akan citer pasai trip tu...
Kesimpulannya, kami baru saja menghabiskan trip....
Terengganu-Cameron-Kedah-KL-Kedah-Johor-Terengganu
Ha....kan dah 1 Melesia kami pusing...
Untuk entri kali ni kita cerita pasai Majlis pertunangan Ain dulu...
Majlis ni jugak dikenali dengan nama Majlis Penentuan Belanja di Kedah...
Meh kita tengok gambaq dulu...
Nanti kita cerita lagi...
Ha....
Bila dalam majlis macam ni...
Mesti ada soalan2 panas....
macam...
"Berapa hantaran ngan maskawen dia...?"
Besa la kan....
Memang lah soalan lazim tu....
Lepas tao pasai maskawen dan hantaran Ain baru la saya tao....
Kat Kedah ni...
Walaopun maskawen tak ditetapkan...
Tapi ada jugak syarat2 yang kena dipatuhi....
Macam yang saya penah tulis dulu, maskawen kat Kedah ni tak ditetapkan...
Tapi antara syarat yang kena dipatuhi adalah kena ada angka 4 dalam jumlah yang dipilih....
Dan yang terbaru, saya mendapat tahu bahawa jumlahnya jugak mestilah genap...
Macam yang berlaku dekat Ain gak la...
Jumlah yang dia nak tak di approve...
Kata orang2 tua, kerana nombor tersebut tak sesuai...
Kerana dalam nilai tu ada dua kali nombor 7...
Oh, baru saya tahu tak boleh macam tu...
Kiranya bila kita dah tetapkan jumlah yang kita nak, kena jugak rujuk dengan orang tua2...
Bila dah approve, baru boleh guna....
Patutlah dulu masa saya mintak nak wat maskawen tu sempena besdey habi, tak dapat....
Nombor tu kurang sesuai katanya....
Nasiblah untuk hantaran saya dapat jugak guna besdey saya....
Sebab daripada kecik lagi memang saya dah berangan...
Bila saya kawen nanti, saya nak gak guna tarikh lahir saya untuk jumlah wang hantaran...
Alhamdulillah...
Dapat jugak... :D
Ingatkan sebeblum ni main ikut suka ja letak...
Rupa2 nya masih ada pantang larang dan peraturan yang kita kena ikut....
Walaopun ada orang kata itu adalah adat semata2...
Tapi mungkin ada jugak sebabnya mengapa orang tua2 dahulu meletakkan peraturan sebegitu...
Itu yang saya nak cuba cungkil...
Mungkin nanti bila dah dapat jawapan, bolehlah saya kongsi kat sini...
Dalam dunia moden macam ni pun, adat masih lagi dipegang kuat....
Terutama sekali dalam hal nikah kawen ni...
Ada adat yang baik, kita boleh ikut dan amalkan...
Dan adat yang kita rasa terlalu berlebihan, bolehlah kita kurangkan...
Kalao nak dirungkaikan kembali adat2 resam lama ni...
Banyak jugak topik yang boleh dibincangkan....
Jika kita lihat, orang2 dahulu amat berpegang teguh kepada adat resam..
Sehinggakan ada pepatah...
"Biar mati anak, jangan mati adat..."
Agak2 perkara tersebut masih relevan lagi ke dalam dunia moden ni...?
Tepuk dada, tanyalah selera....
No comments:
Post a Comment