InstaMe

Tuesday, October 12, 2010

aktivti berkaitan bulan kesedaran barah payudara



Tahukah anda bahawa Estee Lauder Malaysia sedang menjalankan aktiviti-aktiviti bersempena dengan Bulan Kesedaran Barah Payudara?

Tema bagi tahun ini ialah:

CONNECT. COMMUNICATE. CONQUER.


Antara aktiviti yang diadakan pada tahun ini:

5 Oktober 2010:
Illumination (Maaf, tak pasti nak diterjemahkan bagaimana) Bangunan Sultan Abdul Samad di Dataran Merdeka bermula 8 malam.


8 - 10 Oktober 2010:
Estee Lauder Road Show @ Midvalley Centre Court

Terdapat pemeriksaan kesihatan percuma, khidmat perudingan kesihatan percuma bersama pakar bedah dan onkologist dari Sime Darby Healthcare, sony photo wall , mengecat badan (body painting), dan juga penjualan barangan pink edisi terhad di mana hasil jualannya akan disumbangkan kepada dana kempen.

9 Oktober 2010:
Ceramah 'Breast Cancer Awareness' oleh Dr Dalilah Kamarudin, NCSM @ MPH The Curve
Wacoal Roadshow @ Parkson Pavilion

15 - 17 Oktober 2010:
Estee Lauder Roadshow
@ One Utama - High Street - 9.30 pg - 9.30 mlm

23 Oktober 2010:
Wacoal Roadshow
@ Parkson Sg Wang - 2.00 - 4.00 petang
Ceramah 'Sex After Cancer' oleh Dr Shamala Dorai, Hospital KL @ Pejabat NCSM - 10.00 pg - 12.00 tgh

28 Oktober 2010:
Pertandingan Amal Golf
di KLGCC (Kuala Lumpur Golf & Country Club)

29 Oktober 2010:
Francis Yip Concert
@ KLCC Convention Centre - 8.00 malam



30 Oktober 2010:
Ceramah 'Breast Cancer Awareness' oleh Dr Dalilah Kamarudin, NCSM @ MPH Megastore One Utama - 2.00 - 4.00 ptg

Untuk keterangan lanjut, bolehlah hubungi talian:
03 2698 7300

Ataupun layari laman web ini:
Persatuan Kanser Malaysia


Bagi ceramah-ceramah di atas, tiada yuran dikenakan. Semuanya percuma.

Jika anda peminat barangan kosmetik, bolehlah dapatkan barangan ini:

Set Estee Lauder Evelyn Lauser dengan 3 pilihan pemerah bibir - RM90.00

Origins Peace Of Mind Edisi Terhad - RM53.00


Pink Shimmer Brick Compact dari Bobbi Brown - RM150.00
Eksklusif di Isetan

Juga boleh dapatkan t-shirt Estee Lauder ini dengan harga RM50.00



Selain daripada itu, riben merah jambu yang merupakan simbol kempen ini akan diberikan percuma bersama dengan kad panduan pemeriksaan sendiri payudara di kaunter dan outlet di bawah Syarikat Estee Lauder seperti Aramis, Bobbi Brown, Clinique, DKNY, Estee Lauder, GoodSkin Labs, Lab Series, La Mer, Origins, Sean John Fragrances, dan Tommy Hilfiger.

Tahun ini juga merupakan tahun ketiga Menara Kuala Lumpur menyertai Kempen ini. Menarikkan?

Sumber.


Anda juga boleh menyatakan sokongan dengan ini. (take your pledge)

Sekian. :)

3 comments:

Meh said...

oo patutla bangunan sultan abd samad tu aku tgok skang warna ungu. huhuhu

Nurul said...

hehehe...sepatutnya pink la wei...xtao paseipa dia jadi kaler ungu plak...

Nur Misnan said...

salam dear..
insyaAllah akan ke OneUtama soon..

Ada tip dan info utk pesakit breast cancer..
amalkan pemakan B17 dan jus beet root