InstaMe

Sunday, November 7, 2010

Makan Malam Dalam 20 Minit...? siri #2

Salam semua,
Bertemu lagi kita dalam siri 'Makan Malam Dalam 20 Minit...?'
Kali ini saya nak berkongsi 2 jenis masakan yang sangat simple...
Mudah disediakan, dan yang paling penting, seimbang...

Kiranya kali ini seperti biasa, kena guna dua2 belah dapur jugak...
Masakan pertama kita ialah:

Daging Goreng

**Saya dah bereksperimentasi dengan beberapa cara untuk menyediakan daging goreng ni...
Jadi, saya akan cuba kongsi semuanya kat sini...Setiap 1 hidangan ada nama tersendiri...Terpulanglah kepada anda nak cuba yang mana 1...Masa memasak setiap jenis hidangan adalah lebih kurang sama...

Daging Goreng 'Plain'

Radas/bahan:

250g daging
1 biji bawang besar dipotong bulat
1 biji cili besar dihiris halus
1/2 inci halia (dihiris halus)
Kicap secukup rasa
Serbuk kunyit secukupnya
Garam secukup rasa

Minyak untuk menumis

Kaedah:
1. Perapkan daging bersama garam, kunyit, dan halia.
2. Masukkan perapan daging ke dalam kuali dan biar sehingga airnya kering. (Daging bila dimasak akan mengeluarkan air, jadi bila airnya dah kering, maknanya daging tu dah masak.)
3. Tuangkan minyak, bawang, dan cili. Biarkan seketika
4. Tuangkan kicap dan tunggu sehingga lebih kurang 1 minit sebelum diangkat dan dihidangkan.


Daging Goreng Masak Kicap

Radas/bahan:

250g daging (dihiris nipis)
Kicap secukup rasa
1 biji bawang besar dihiris bulat
I biji cili dihiris halus
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Bahan ditumbuk:
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 sudu kecil jintan manis

Minyak untuk menumis

Kaedah:
1. Perapkan daging bersama bahan yang ditumbuk, serbuk kunyit, dan garam.
2. Masukkan perapan daging ke dalam kuali dan biar sehingga airnya kering.
3. Bila dah kering, masukkan minyak dan cili serta bawang.
4. Tambahkan kicap, dan jika suka boleh tambahkan sedikit air supaya berkuah.
5. Tunggu sehingga mendidih, angkat, dan hidangkan.

Daging Goreng Kunyit

Radas/bahan:

250g daging (dihiris dipis) - boleh juga gunakan ayam yang dipotong kecil2
1 ulas bawang besar - dipotong bulat
2 batang kacang panjang - dipotong pendek2
Sedikit bunga kobis - dipotong halus
2 batang 'baby jagung' - dipotong memanjang
1 biji cili besar - dihiris halus

Bahan ditumbuk:
2 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup - kalao takdak, bleh pakai serbuk kunyit

Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Kaedah:
1. Perapkan daging/ayam dengan bahan ditumbuk bersama garam.
2. Panaskan kuali dan masukkan ayam yang diperap. Tunggu sehingga kering air.
3. Masukkan sayur-sayuran dan bawang.
4. Tunggu sehingga sayuran dan bawang layu dan angkat. Hidangkan.

Daging Goreng Kicap

Radas/Bahan:

250g daging - dihiris memanjang dan nipis (kalao guna daging kambing lagi sedap)
Kicap secukup rasa
1/2 inci halia - dihiris nipis2 (tapi saya terpaksa potong besar2, Habi tak suka kalao dia termakan halia)
2 batang daun sup - dipotong pendek2, tapi bukan halus
Leek -( jika ada) dipotong nipis2 dan memanjang
1 ulas bawang besar - dipotong bulat

Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Kaedah:
1. Perapkan daging dengan kicap dan halia.
2. Panaskan minyak ( kena pastikan minyak betul2 panas) dan masukkan daging.
3. Masak sehingga garing dan masukkan bawang.
4. Perasakan dengan garam.
5. Masukkan daun bawang @ leek dan tunggu sehingga sedikit layu.
6. Angkat dan hidangkan.

Haa...Banyaknya pilihan daging goreng kan...?
Jadi anda boleh pilih mana2 satu...
Dan padankan dengan masakan kedua ni...

Sayur Bayam Tumis Air

Radas/bahan:

Bayam secukupnya
2 ulas bawang merah - dimayang
1 ulas bawang putih - dimayang
1 biji cili - dihiris nipis
Sedikit sotong/udang/daging/ikan bilis

Air secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Kaedah:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang.
2. Masukkan 'binatang' pilihan dan tunggu sehingga garing. (kalao saya, selepas ni akan masukkan batang bayam kerana selalunya saya asingkan daun dan batangnya.)
3. Masukkan air, bayam, dan cili.
4. Perasakan dengan garam.
5. Jangan tunggu lama selepas mendidih kerana takut sayur akan terlebih layu.
6. Angkat dan hidangkan.

Mari lihat hasilnya...

Daging Kambing Goreng Kicap...

Ayam Goreng Kunyit..

Sayur Bayam Tumis Air...


Anda boleh pilih mana2 jenis hidangan daging dan padankan dengan sayur.
Sayur jugak boleh ditukar dengan sawi...
Kiranya semua masakan tu memang lebih kurang ja masa penyediaaannya...
Jadi, anda buatlah pilihan yang sesuai dengan anda...
Kalao saya, saya akan tengok apa yang ada dalam peti ais dulu...
Lepas tu baru fikir nak buat apa...
Hehehe...

Apa2 pun...
Selamat mencuba...!

No comments: