InstaMe

Sunday, November 7, 2010

Mari Membakar...

Salam semua,

Hari ni hujan lagi ke kat tempat anda...?
Kami mahu pulang ke Kedah untuk menyambut besdey Bedat...
Tapi mungkin kena tunggu keadaan reda sikit kot...
Tak mao nanti tersangkut tengah jalan pulak...

Semalam sebelum balik dari kampus cadangnya nak p makan Mekdi...
Tapi alih2 tak jadi...
Sebab tiba2 terfikir, baik p Hock Kee Seng ja, bli naget semua...
Balik buat kat umah bleh makan banyak sikit...
(Nasib baik la laki bini dua2 jenis kedekut...kalo bleh semua nak wat kat umah ja...)

Maka balik semalam kami pun goreng naget, kentang, dan segala macam yang boleh digoreng...
Tiba2 teringat pulak daging kambing yang dibeli 2 hari lepas...
Alang2 tu, kami rasa baik makan western terus semalam...
(Sila faham bahawa naget dan segala macam tu hanyalah snek di petang hari...)

Dengan tak semena-mena datanglah idea nak makan lamb chop semalam...
Maka, habi pun teruslah 'pelekat' api untuk bakaq daging kambing...
Kali ni kami perap daging tu pakai BBQ Sos Knorr ja...
Sebab waktu makan kat Johor hari tu, rasa dia macam best ja...

Pembahagian tugas dilakukan dengan bijak...
Habi akan membakaq daging manakala saya buat side dish...
(Tak sanggup rasanya dok depan pemanggang tu sambil menghidu asap...)
Jadi, terhasillah ini...

Habi punya...

Saya punya...Habi tak puas hati, sambil dia tangkap gambaq, saya dah makan separuh...Hihi...

Resipi dia senang ja...
Untuk kentang lenyek tu, rebus kentang sampai empuk dan dilenyek sepenuh hati...
Kemudian gaulkan bersama garam, mentega, dan lada sulah...
Tuangkan 'brown sauce' kat atasnya....

Brown sauce plak lagi senang...
Cairkan mentega dan tumis bawang besar yang dimayang halus...
Tambahkan 'brown stock' atau 'demi glace' atau 'brown sauce mix'...
Masukkan air atau stok ayam, perasakan dengan garam jika perlu, biarkan mendidih dan angkat...
Boleh guna untuk kentang lenyek dan juga tuangkan atas daging kambing tu...
Memang sedap...

Untuk 'salad' tu pulak...
Potong dadu epal atau tembikai susu dan lobak merah...
Potong udang kecil2...
Rebuskan udang dan lobak merah, toskan...
Angkat dan kemudian gaulkan lobak merah, epal, tembikai susu, dan udang dengan mayonis...
Perasakan dengan garam dan tambahkan sedikit perahan air limao kasturi atao limau nipis...
Hidangkan...

Semuanya 'home made'...
Rasanya pun sedap sebab kita dah ubah semuanya ikut citarasa sendiri kan...
yang penting murah dan boleh makan banyak... :p
(Baca: Tamak)

Selamat mencuba!

No comments: