InstaMe

Tuesday, November 2, 2010

Terbaru November...

Salam semua,

Sebenarnya tiba2 saya dapat 1 lagi idea...
Selepas tengok hasil nukilan 'Semalam Bersama Teman' dan 'Makan Malam Dalam 20 minit..?'
Dari respon yang diberikan, saya bercadang untuk meletakkan kedua-dua tajuk ini dalam siri wajib untuk blog ini...

Selepas ini saya akan memilih 1 hari dalam setiap minggu di mana saya akan meletakkan slot2 tersebut sebagai entri...
Kiranya selepas ini akan ada lebih banyak entri yang bertajuk sama, tetapi dengan nombor siri yang berbeza...

Slot 'Makan malam Dalam 20 Minit..?' adalah hasil ujikaji saya di dapur...
Di mana saya akan memuatkan resipi2 mudah dah berkhasiat untuk mereka yang sibuk, tetapi mahu menyediakan makan seimbang untuk keluarga...
Ujikaji yang dijalan akan mengikut masa yang telah diperuntukkan, iaitu selama 20 minit...

Manakala bagi slot 'Semalam Bersama Teman', saya akan berkongsi soalan-soalan atao topik yang pernah diajukan kepada saya sebelum ini...
Ini adalah hasil daripada pengalaman sebenar orang-orang di sekeliling saya...
Tetapi identiti mereka akan dirahsiakan...
Ia akan dipersembahkan dalam bentuk soalan-soalan tentang kehidupan....
Di mana saya akan menjawabnya berdasarkan pengalaman sendiri ataupun insan2 yang terdekat...
Kiranya ia adalah hasil kompilasi perkara2 yang pernah diutarakan kepada saya untuk dimasukkan ke dalam blog ini...
Juga sebagai medium perantaraan antara kawan2 saya yang tidak mempunyai blog dengan anda2 yang membaca blog ini...

Saya berharap agar apa yang dipaparkan di sini akan dapat dikongsikan bersama...
Selain memberikan pengajaran, ia juga dapat dijadikan tempat bertukar-tukar pendapat atao idea...
Saya akan cuba untuk tidak berat sebelah apabila menyentuh tentang isu2 sensitif...
Atao emo berlebihan... :D

OK, tiba2 perasan macam tengah present siri2 baru untuk stesen TV.. :p
Jadi, kita tengoklah hasilnya nanti... :)

Jika anda ada topik menarik untuk dibincangkan di sini, bolehlah emailkan kepada:
abz_junior@yahoo.com

"Sharing is caring..."

No comments: