InstaMe

Monday, November 1, 2010

Penutup...


Salam semua,

Ingat lagi tentang kempen kesedaran payudara bulan lepas...?
(Ewahh, cara cakap macam dah lama ja bulan lepas tu berlalu....)
Kalao anda semua perasan, 'background kaler' blog ni dah bertukar kepada asal...
Header saja yang dah ditukaq mengikut warna kegemaran saya... :)
Tetapi kalao blog tak kaler pink pun masih boleh berkempen kan...?
Takkan nak buat sebulan saja...
Benda-benda yang berkait dengan kesedaran ni kita kita buat berlanjutan...
Ataupun dengan istilah lain, 'Istiqamah'...

Jadi hari ini saya nak buat sedikit 'penutup' untuk kempen kesedaran barah payu dara bulan lepas...
Ini bukan penutup terus, tetapi sebagi penutup 'pinkforoctober' saya saja...
Selepas ini, saya akan terus menyebarkan mesej ini kepada anda...
Cuma tak ada riben pink di atas tu ja...

Ini adalah apa yang saya dapat dari risalah yang boleh didapati di kaunter-kaunter di bawah Estee Lauder Malaysia...
Saya juga telah memakaikan riben pink yang diambil dari kaunter tersebut pada beg tangan pink saya sebagai tanda sokongan kepada kempen ini...
(Nak pakai kat baju takut nanti tercabut dan hilang begitu saja, sebab saya ni sangat 'lemah lembut' orangnya... :p)

Riben Merah Jambu - Sematkan, Sebarkannya...


CONNECT


Kenali tubuh badan anda. Lakukan pemeriksaan sendiri payudara anda sekerap mungkin. Jumpa doktor sekiranya anda mengesyaki perubahan pada payudara anda.

Jalani pemeriksaan klinikal pada usia 20-an, 30-an, dan jika anda berusia 40 tahun dan keatas, lakukan mammogram setiap tahun.

COMMUNICATE

Berbincanglah dengan ibu, kakak, adik perempuan, nenek, dan ibu saudara anda. Ambil tahu mengenai sejarah kesihatan keluarga anda. Jika ada di antara saudara perempuan anda pernah menghidapi barah, beritahu doktor anda.

Sematkan riben merah jambu dan tingkatkan kesedaran tentang barah payudara. Pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa. Sebarkannya.

CONQUER

Nikmati hidup anda. Kekal sihat dengan mengamalkan senaman yang berterusan dan makan lebih banyak sayur dan buah-buahan. Berhenti merokok dan kurangkan pengambilan alkohol.

APA YANG BOLEH ANDA LAKUKAN?

1. Lakukan pemeriksaan klinikal. Rujuk doktor untuk nasihat.

2. Lakukan pemeriksaan sendiri payudara. Rujuk doktor sekiranya anda mengesan sebarang perubahan.

3. Makan lebih banyak sayur dan buah-buahan. Serat dan antioksidan yang terkandung di dalamnya dapat membantu anda.

4. Bersenamlah sekerap yang boleh. Amalkan yoga, pergi ke gim, bersukan. Lakukan apa yang anda suka.

5. Perhatikan berat badan anda. Bertambah berat = bertambah risiko.

6. Jangan merokok. Berhenti jika anda merokok.

7. Kurangkan pengambilan alkohol. Nikmati hidup anda sepenuhnya.


Untuk maklumat lanjut, sila layari:
www.elcbca.com.my


Saya tinggalkan anda dengan koleksi produk penjagaan diri saya yang berwarna pink sebagai tanda sokongan... :)




Tiba2 ada jam plak kat situ... :p

No comments: