InstaMe

Monday, December 20, 2010

Rezeki Allah...

****Entri super panjang...kalao ada kerja, baca lain kali la ye...


Salam semua,

Apa kabaq...?
Wah, sedaq tak sedaq kita tinggai beberapa hari ja kan nak masuk taun baru...?
2 3 hari lepas saya mula berfikir, apakah pencapaian saya taun ni...
Konon nak tulis kat blog la pas ni...
Tapi ntah la...
Rasa macam takdak pencapaian ja...

Menjelang lagi lebih kurang 10 hari sebelum masuk ke tahun 2011 ni, tiba2 banyak betul benda berlaku dalam hidup saya...
Perkara2 yang memang di luar jangkaan...
Dan membuatkan saya rasa tahun ni tidaklah sesuram yang saya fikirkan...
Alhamdulillah...

Semuanya berkat kesabaran...
Ya, sabar...
Sabar bila ditertawakan...
Sabar bila dijatuhkan...
Sabar bila dikecewakan...
Sabar bila ditolak ke tepi...
Sabar bila diejek dan dicaci...

Kiranya tahun ini sememangnya menguji kesabaran saya...
Sepatutnya tahun ini adalah tahun paling bahagia bagi saya...
Kerana ini merupakan tahun pertama saya melayari bahtera rumahtangga bersama orang yang paling saya cintai...
Tapi di sebalik kebahagiaan itu, terselit juga kepahitan yang harus kami telan...
Mungkin Dia tidak mahu kami terus hanyut dalam alam rumah tangga ini...
Maka kami diduga untuk menguji sejauh mana dalamnya kasih sayang kami...
Dan sejauh mana ketakwaan kami kepada Nya...
Kiranya kekuatan yang saya ada untuk terus berada di sini ialah Habi, keluarga, dan kawan2...
Itu sahaja yang memberikan saya sebab untuk meneruskan kehidupan...

Bayangkanlah beberapa bulan sebelum majlis perkahwinan, saya terpaksa membuat keputusan yang paling berat dalam hidup saya...
Iaitu meninggalkan satu-satunya perkara yang paling saya suka...
Kerana saya diibaratkan seperti berada di penghujung jalan...
Saya harus memilih untuk terjun sendiri ke dalam gaung atao ditolak ke dalam...
Maka saya memilih untuk terjun sendiri...
Hati saya amat berat untuk menerima kenyataan...
Tetapi apakan daya, mungkin bukan rezeki saya...

Itu merupakan titik permulaan kepada segala-galanya...
Saya mula menyalahkan semua orang kerana perkara tersebut...
Saya hilang punca...
Dan saya mula berfikir untuk membalas dendam kepada mereka yang bertanggungjawab terhadap perkara itu...
Tapi akhirnya saya yang terseksa...
Ketika itulah sedikit demi sedikit saya mula berfikir...
Mungkin ada hikmahnya apa yang berlaku ini...

Ya, saya mula nampak sedikit demi sedikit apa yang Dia mahu saya belajar dari semua ini...
Selama ini, saya tidak pernah tidak mendapat apa yang saya inginkan...
Bila saya mahukan sesuatu, saya akan berusaha sedaya upaya untuk mendapatkannya...

Tapi kali ini saya gagal...
Itulah yang saya belajar...

Kadang2 kita tak akan dapat semua apa yang kita inginkan...
Tetapi Dia menggantikannya dengan apa yang kita ada sekarang ini...
Bila saya lihat sekeliling, saya bersyukur...
Kerana saya masih ada Habi...
Masih ada Mama, Abah, dan adik-adik...
Masih ada rakan-rakan yang sangat memahami...
Masih mampu membela Omok dan Endek...
Masih mampu menjamu rakan2 setiap hujung minggu...

Saya banyak belajar dari semua itu...
Dan semua perkara yang berlaku ini mengajar saya untuk menjadi lebih kuat...
Bukan sekadar budak gembeng yang akan meraung apabila tidak mendapat apa yang dihajatinya...

Saya juga belajar apa itu erti sabar yang sebenarnya...
Kerana selama setahun kami berkahwin, kami tak berhenti mendengar ejekan dan kata2 sinis seperti...

"Dah la kawen dengan laki yang tak kerja...hantaran apa pun takdak..."

"Macam mana depa nak hidup...? Dah la dua2 tak kerja..."


"Tak mengandung lagi, tak dak duit nak bela anak la tu..."

Kalao diikutkan hati, mahu saja saya cilikan mulut mereka...
Tapi bila saya membalas, maknanya saya tidak ada bezanya dengan mereka...
Jadi, kami hanya diam...
Kerana itulah jalan yang terbaik setakat ini...

Saya akui, kami memang tidak berduit seperti mereka yang berkata-kata itu...
Hidup kami tak semewah mereka...
Tapi, sehingga kini, seingat saya, tidak pernah putus rezeki dari Nya...
Ada sahaja peluang yang datang...
Untuk kami menambahkan rezeki...
Malah, berani saya katakan, kadang2 apa yang kami dapat melebihi apa yang pernah kami perolehi ketika bekerja dahulu...
Ya, ada orang telah menutup punca rezeki saya sebelum ini...
Tetapi apa yang Dia bukakan untuk kami adalah lebih lagi...
Kerana semua rezeki di dunia ini adalah milik Nya...

Kini, saya rasa saya tahu apa sebenarnya yang saya mahukan di dalam hidup ini...
Kerana Dia sendiri yang telah tunjukkannya...

Mungkin kerja yang kami lakukan sekarang lebih memenatkan...
Tetapi hasilnya memang memuaskan...
Lagipun saya lebih senang begini...
Kerana saya masih boleh melakukan kerja2 yang saya suka...
Disamping menunaikan tanggungjawab terhadap suami dan keluarga...
Saya lebih suka hidup yang begini...
Tidak perlu lagi saya meninggalkan suami tanpa khabar berita...

Sekarang, bila difikirkan kembali...
Saya tidak menyesal dengan apa yang saya pilih...
Dan jika diberi peluang untuk melakukannya sekali lagi, saya akan tetap memilih jalan yang saya pilih sekarang...
Benar kata orang, untuk berlari dalam hidup, kita kena jatuh tersungkur dahulu...
Baru kita akan tahu bagaimana meneruskan larian untuk ke puncak dan berhati-hati agar tidak terjatuh lagi...

Selalunya kita akan lihat rumput di laman sebelah lebih segar dan lebih hijao dari apa yang kita ada...
Namun, apa yang kita tidak tahu, mungkin rumput hijao itu juga ada masalahnya sendiri...
Kerana manusia mana yang tidak lepas dari masalah dan dugaan kan..?

Bak kata rakan saya yang seorang ini...

"Ang kena bersyukur, at least laki ang ada dengan ang setiap masa..."


Ya, saya sangat2 bersyukur kerana Habi tidak pernah jauh dari saya selama kami berhadapan dengan dugaan ini...
Beliao akan memimpin tangan saya...
Berjalan bersama...
Berlari bersama...
Dan jika saya terjatuh, beliao sentiasa ada...
Untuk memimpin saya kembali...
Dan memapah saya untuk memulakan perjalanan kami semula...

Sekarang, kami bersedia untuk memulakan perjalanan baru dalam hidup ini...
Berkat doa, dan usaha semua...
InsyaAllah...

Jadi,
Berusahalah!
Hihi...


*********************
OK, dah panjang melalut...
Jom tengok gambaq OMok dan Endek...
Pengubat duka lara...

Saya Omok...Hari ni tuan saya suruh saya jadi model telefon baru dia...

Lepas tu jadi model astro pulak...Tapi saya ngantuk sangat la...

Hai, saya Endek...Orang kata mata saya bulat...ha...bulat tak mata saya...?

Saya suka baring kat bantai yang tuan saya wat dengan penuh kasih sayang ni...

Ni gambaq saya yang paling comel...bersama dengan makanan kegemaran saya, iams dan royal canine...
eh, comel kan saya...? Hihi....



OK, dah...
Babai... :)

No comments: