InstaMe

Sunday, December 19, 2010

Kenapa Saya suka Shopping hari Jumaat & Sabtu...?

Salam semua,

Hari ni kita cakap benda lain sikit la dari makanan....
Asyik cakap pasai makan ja...
Macam mana la badan tak berkembang kan...?
Hehehe...

Kali ni saya nak cakap tentang membeli belah...
Ya, atao dengan kata lain, shopping...
Saya memang suka aktiviti sebegini...
Tambah2 bila tengah ada duit banyak, pehtu ada sale plak...
Memang la Habi geleng kepala ja...
Hehehe...

Tapi hari ni bukan nak cakap pasai barang yang selalu dibeli...
Anda perasan tak sekarang ni kalao kita pergi Jusco...
Hari Sabtu depa dah declare sebagai Hari Tanpa Beg Plastik...?
Dan kalao anda duduk kat Kedah, sekarang ni Hari Jumaat dan Sabtu telah diwartakan sebagai Hari Tanpa Beg Plastik yang berkuatkuasa di hampir semua pasaraya besaq kat situ...
Kalao kat IKEA tu lain la...
Hari2 memang takdak plastik kalao nak jugak, kna bayaq 2 kupang...

Saya sebenaqnya sangat2 menyokong kempen ini...
Nampaknya pihak kerajaan sendiri telah sedar tentang bahana beg plastik ni...
Saya dari dulu memang menentang sekeras2nya pengguna beg plastik berlebihan ni...
Jadi, kiranya saya amat berbangga la kerana akhirnya ramai pihak yang menyedari kepentingan kempen seperti ini...

Jadi selepas ni kalao nak pergi beli barang kat pasar, silalah bawa bakul sendiri...
Kalao nak beli kuih atao nasi, bawa bekas sendiri...
Kalao pergi supermarket (kecuali Mydin) bawalah Green Bag anda...
Cubalah minimakan penggunaan beg plastik anda dengan guna semula beg plastik lama...
Kita boleh mengubahnya...


*******************************
Sedikit informasi yang boleh saya kongsi kat sini...
Sedutan dari kem yang pernah saya kelolakan dahulu...

Tahukah adik2?
Beg plastik yang kita buang merata-rata hari ini akan berakhir di laut...?
Tahukan adik2 di laut itu ada bermacam2 hidupan...?
Antaranya ialah penyu...
Adik tahu tak apa makanan penyu Belimbing...?
Ya, Obor-obor...
Pandai...

Adik2 tahu tak bentuk beg plastik tu bila terapung tu macam apa...?
Ya, pandai...
Macam obor-obor...
Jadi, kadang2 penyu ni tersilap...
Mereka keliru...
Mereka ingatkan beg plastik itu adalah obor-obor...
Maka, jika penyu tu makan plastik tu dia jadi apa...?
Ya, pandai...
Penyu itu akan mati...

Jadi, kalaolah plastik yang dia makan tu adalah plastik yang adik buang sebelum ni...
Adik rasa bersalah tak...?
Kiranya adik dah membunuh seekor penyu...?
Kalao adik buang 10 beg plastik dan semua tu dimakan penyu...?
Kiranya adik dah bunuh berapa penyu...?

Jadi lepas ni bila pergi kedai, beli 1 barang ja, adik nak mintak plastik tak..?

Tak nak!

Bagus2...

Lepas ni kalao nak buang plastik, adik nak buang kat mana...?

Tong sampah
...

Bagus...

Tapi lagi baik kalao adik tak guna plastik langsung kan..?

Semua menjerit, Ya!

Jadi adik-adik boleh janji tak mao guna beg plastik lagi...?

Ya!


(Harap2 mereka akan berpegang dengan janji mereka itu...)

Kalaolah budak2 pun boleh faham tentang perkara ini, takkanlah kita tak boleh kan...?

Sempena dengan kempen ini, saya dah buat satu badge sebagai tanda sokongan...
(Memang takdak keja, asyik wat benda2 macam ni ja minah ni...)




Kalao anda juga berminat, boleh bagi tao saya...
Nanti saya tukaqkan ayat yang bawah tu, letak nama blog anda...
Bolehlah letakkan pada blog anda sebagai tanda sokongan kita semua...
Ingat, kita takkan boleh mengubah dunia, selagi kita tidak mengubah diri kita terlebih dahulu...


Sekian buat kali ni,
Selamat bekerja semua!

No comments: