Salam semua,
Hari saya nak buat review sebuah lagi tempat makan yang best...
Kali ini kedai nasik beriani pulak...
Yang diberi nama...
Mattop Bariani
Ha, bila dah kata restoren nasik beriani, makan menu utamanya mestilah nasik beriani kan...?
Nasik beriani kat sini memanglah sedap...
Ditambah pulak dengan pelbahai pilihan lauk...
Seperti nasik beriani ayam, daging, dan juga kambing...
Di samping itu jugak, di sini terdapat pilihan masakan panas...
Seprti mee, nasik goreng, dan sebagainya...
Harganya memang berpatutan...
Dan yang penting rasanya memang sedap...
Hehehe...
Yang paling saya suka kat sini ialah airnya...
Tapi terlupa pulak nak snap gambaq...
Nama ayaq tu Bandung Cincau...
Memang sedap aaa...
Rasa dia lain dari yang saya pernah minum sebelum ni...
Rasa macam nak minum lagi ja...
Tapi jauh la pulak...
OK, kita tengok gambaq plak ye...
Lokasi Mattop Bariani ni ialah di Bandar Baru Bangi...
Alamatnya seperti di bawah...
No 9GF, Jalan Medan PB 3A,
Pusat Bandar Baru Bangi.
No. tel: 03 - 8922 1344 @ 013 - 333 3374
Kalao nak cari, senang ja...
Kat belakang kompleks PKNS...
Atao pun kalao datang dari depan, kat trafik light Depan masjid tu, masuk ke kiri...
Lepas tu jalan sikit akan nampak banyak lot2 kedai...
Kalao tak silap saya la, kat lorong kedua dari trafik light tu masuk kanan...
Selain dari restoren, mereka juga ada perkhidmatan katering....
Kalao nak tao lebih lanjut, boleh tengok kat website depa sendiri:
Mattop Bariani
Sekian sahaja untuk kali ini,
Terima kasih... :)
No comments:
Post a Comment