Salam semua,
Berjumpa lagi kita dalam Slot 'Makan Malam dalam 20 Minit...?'
Hari ni saya nak tunjuk resipi berikutnya...
Iaitu...
Sayur Masak Ladna
Radas/bahan:
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
Sedikit lobak merah (dipotong bulat)
Sedikit kobis (dihiris nipis)
Sedikit bunga kobis
1 biji tomato (dibelah 4)
3 biji cili padi
1/2 kiub pati ayam
2 sudu tepung jagung (dibancuh dengan secawan air)
Garam dan lada hitam secukup rasa
Air limao nipis secukup rasa
Minyak untuk menumis
Method:
1. Tumiskan bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan sayur-sayuran dan goreng sebentar.
3. Tambahkan air dan lada hitam yang ditumbuk.
4. Masukkan kiub pati ayam dan kacao.
5. Rasa dahulu sebelum masukkan garam. Jika dah cukup masin tak payah tambah. kemudian masukkan tepung jagung yang dibancuh tadi.
6. Masukkan tomato dan cili padi. Perahkan sedikit air limao nipis mengikut citarasa.
*Kalao ada seafood atao daging ayam boleh jugak digunakan. Masukkan sebelum sayur dan goreng dulu sampai airnya kering sedikit.
* Kalao dah letak lauk2 dalam ladna, boleh dimakan dengan nasik saja...Tak payah nak buat lauk lain lagi... :) lagi senang...Hehe....
Sambil2 tu saya jugak goreng ikan...
Separuh tu untuk dijadikan lauk dan separuh lagi buat masak kicap...
Sebab habi tak berapa suka ladna ni...
Jadi buat kuah lain untuk dia...
Resipi ikan goreng tak payah la letak kot...
Hehe...
Ni resipi untuk...
Ikan Masak Kicap
Radas/bahan:
2 ulas bawang putih (dimayang)
1 ulas bawang besar (dipotong bulat2)
3 biji cili padi (dibelah 2)
4 sudu air asam jawa
Kicap secukup rasa
Garam jika perlu
Method:
1. Tumiskan bawang putih hingga naik bau.
2. Tambahkan air asam jawa dan biarkan sebentar.
3. Masukkan kicap dan bawang serta cili padi dan tunggu hingga mendidih.
4. Masukkan ikan, biarkan seketika dan angkat...
Inilah hasil 20 minit di dapur malam tersebut...
Hehehe...
OK, makan dengan nasik panas2...
Memang best... :)
No comments:
Post a Comment