InstaMe

Wednesday, December 15, 2010

Cerita Kawen...(Dah basi..)

Salam semua,

Bertemu lagi kita...
Di Hari Asyura yang mulia ini...
Banyak fadhilatnya hari ini...
Kalao nak tao lebih lanjut, bolehlah kelik sini...

Hari ni saya nak cerita pasai kad kawen dan surah Yassin waktu majlis resepsi kami dulu...
Sebenaqnya ramai gak tanya, mana saya tempah surah Yassin dan kad tu...
Tapi asyik terlupa ja...
Hari tu waktu Kak Noni dari Warna-i suruh blogkan, baru saya teringat...

Waktu majlis kawen hari tu, kami sebenaqnya ada 3 jenis kad...
Tu tak termasuk kad emergency yang dibuat waktu2 akhir oleh kerana jumlah kad tak mencukupi....
hari tu dah ada cerita pasai kad VIP dari ArtChetak...
Kali ni kita tengok pulak kad VIP dari Warna-i...

Kad ni sweet ja...
Bila tengok, nampak macam suci murni...
Ditambah dengan warna biru tu...
Memang rasa sejuk ja hati.... :)

Tengok gambaq skett....




Surah Yassin pulak kami tempah dari Warna-i jugak...
Memang ramai yang suka...
Depa kata nampak ekskusif...
Dan mudah untuk dijaga...
Sebab dia ada sampul lain di bahagian luarnya...





Memang sangat unik...
Saya sengaja mintak warna putih dan cream untuk nampak lebih ekslusif...
Alhamdulillah, rata2 tetamu yang dapat, memang suka...
Semua tanya mana kami tempah sebab sebelum tak pernah tengok surah Yassin macam tu...
Bila dah cantik macam tu, harap2 depa akan selalu la baca...
Bolehlah memanjangkan pahala... :)

Kami tempah 1000 keping untuk VIP...
Haha....Ramainya VIP untuk majlis kawen hari tu ye... :p
Apa yang saya suka bila berurusan dengan Warna-i ni ialah perkhidmatannya cekap...
Memang pantas...

InsyaAllah nanti untuk majlis seterusnya kami akan order lagi...
Kalao nak tahu lebih lanjut tentang warna-i atao tengok produk depa yang lain, silalah kelik kat bawah:

Warna Inspirasi



Sekian,
Terima kasih... :)

No comments: