InstaMe

Monday, January 17, 2011

Be Careful what you wish for...

Salam semua,

Seorang teman dulu pernah berkata kepada saya...

"Be careful what you wish for..."

Ya, memang peribahasa tersebut mempunyai maksud yang amat dalam...

Semenjak hari pertama saya menjejakkan kaki ke Bumi Beriman ini, apa yang saya fikirkan hanyalah untuk keluar dari sini...
Setiap hari saya berdoa agar saya akan dapat pulang ke kampung halaman secepat mungkin...
Kerana sememangnya bumi ini adalah satu daerah yang amat asing bagi saya...

Tetapi, masa mengubah segalanya...
Saya banyak belajar di sini...
Menemui cinta pertama di sini...
Menemui sahabat sejati di sini...
Menemui sahabat tak berapa sejati juga disini...

Bumi ini juga merakamkan pelbagai kisah suka duka saya sepanjang 6 tahun di sini...
Mengajar saya erti persahabatan...
Mengajar saya erti percintaan...
Mengajar saya rasa dikhianati...
Mengajar saya erti kehidupan yang sebenarnya....
Membuatkan saya pernah terfikir untuk terus menetap di sini...

Saya dengan Habi selalu kata, nanti waktu tunggu correction thesis ngan viva saya nak balik Kedah dan habi pulak nak balik Johor...
Kira dua2 tak mao mengalah...
Masing2 nak duduk kat umah masing2...

Akhirnya, permintaan kami yang satu itu yang dimakbulkan Tuhan...
Mulai minggu depan, saya akan berada di Kedah dan Habi pula di JB...
Bila difikirkan kembali, sedih jugak rasanya...
Semalam memang dah puas nangis di bahunya...

Inilah dinamakan rezeki...
Sebelum ni, saya ada kata kat Habi, tak payahlah mintak KPLI...
Sebab saya rasa, kalao dia mintak, kemungkinan besaq dia akan dapat...
Mama pun berat hati ja waktu beliao mintak tolong belikan nombor pin...
Tapi dah memang tertulis, rezeki beliao di situ...
Alhamdulillah, Habi berjaya melepasi semua ujian dan berjaya menempatkan dirinya untuk Kursus Perguruan Lepasan Ijazah di IPG Kampus Temenggong Ibrahim, JB dalam bidang Pengajian Bahasa Inggeris (SK)...

Tak sangka juga rezeki memang berpihak padanya kali ini...
Sudahlah 2 hari sebelum temuduga kali kedua saya secara tak sengara terbuang gigi palsu beliao ke dalam lubang jamban...
Untuk buat semula giginya tu memakan masa hampir seminggu...
Maka tabahlah suami saya pi temuduga tanpa 4 batang gigi hadapan...
Saya rasa sangat2 bersalah atas kecuaian saya tu...
Bayangkan, dia langsung tak marah dan hanya berkata...

"Takpa la...I tao U tak sengaja..."

Saya cuba bayangkan kalao perkara yang sama berlaku ke atas saya...
Sudah tentulah saya akan merajuk berminggu2...
Tambahan pula ada temuduga penting yang perlu dihadiri...

Ramai yang berkata pada waktu itu bahawa kejadian tersebut mungkin ada hikmahnya...
Dan mungkin juga itu adalah tuahnya...
Bak kata mereka...

"Tuah gigi tu..."

Mungkin juga, siapa tahu...?
Itu semua rahsia Allah...

Dalam gembira, ada terselit juga rasa sedih di hati kami...
Mana taknya, beliao mesti tinggal di asrama...
Maka, bakal bermulalah PJJ kami...
Seorang di Kedah, dan seorang lagi di JB...
Mungkin lepas ni saya boleh tulis...

"Lebuhraya PLUS ini menjadi saksi cinta kita..."

Sedih ada, suka pun ada...
Tapi ini semua dah tertulis untuk kami...
Maka kami redha...

Jadi, sementara beliao menghabiskan kursusnya, saya akan berusaha habiskan mana yang patut...
Kerana Habi dah memberi kebenaran untuk saya sambung lagi...
Beliao sanggup berkorban untuk memberikan saya peluang mencapai cita2 saya...
Katanya sebelum saya beranak pinak, lebih baik saya habiskan ke peringkat yang paling tinggi...
Sementara itu beliao akan berusaha mencari rezeki untuk menampung hidup kami...
Bila semuanya dah stabil ,baru beliao akan fikirkan tentang menyambung kembali pelajarannya...

Oh, sebab tu saya amat sayangkan beliao...
Dan saya berjanji akan berusaha bersungguh2...
Saya takkan sia2kan peluang yang beliao berikan ini...
InsyaAllah...

Kami cuma ada sehari lagi untuk setelkan semua benda sebelum berangkat pulang...
Esok merupakan hari terakhir kami di bumi beriman ini...
Berat juga nak tinggalkan semua kenangan di sini...
Berat lagi nak tinggalkan kawan2 kat sini...

Dah la, malas nak tulis lagi...
Nanti nangis lagi plak...
Huhu...

4 comments:

Mommy Meh said...

semoga berjaya lah dengan pjj yea. hehe. jgn nangis malam-malam ingat suami yea. kui3.

hg balik kedah, aku pulak baru nak apply keja kat sana. huhu.

FazMelati said...

Good luck, jangan nanges dan bersedih yea =) take care...

btw, i ada link kan entry u dalam blog i yang kongsi bilik tidur by Budu & Belacan. feel free to visit babe =) thanks!

nurmisnan said...

mcm mana ler kak limah blh
terbuang gigi tuh.. haruuuuu

next time mau tgk dulu yer
nasib 4 gigi, kalau semua
memang haru nak mkn pun susah..
sian mr. hubby...

dia tak merajuk ker?? hu3

Nurul said...

Mommy Meh: Tenkiu weh...
Melati: Tenkiu...saya dah tengok gambaq bilik awai...nice...merah...hihi...
Nur: Itulah dia...benda yang sama dibuat hari2 dan jadi macam rutin...
Sekali hari kejadian memang tak tengok dah...
Terus tuang macam selalu...
Lepas tu berlakulah adegan ayaq mata...
Bukan org yg hilang gigi yang nangis, tapi org yang hilangkan pulak lebih2...
Sebab tu kot beliao tak jadi nak merajuk...
Takut nnt adegan tu berlarutan sampai seminggu.. :D
Selama gigi beliao takdak tu, rs bersalah sgt setiap kali time makan...
Huhu...