Salam semua,
Hari ni sekali lagi cuaca cerah di sini...
Harap2 sampai ke petang la keadaan ini...
Kerana kami tak sabaq lagi mahu bermandi manda di kolam besaq itu...
Entah kenapa tiba2 rajin pulak nak buat ulasan cuaca di Negeri Beriman ni...
Hehehe....
Seperti biasa, untuk slot makanan paling sedap di dunia kali ni saya ada 1 lagi makanan yang mesti anda cuba kalao anda pi ke Aloq Setaq...
Makan kali ni lebih sesuai untuk sarapan...
Sebab kedainya pun bukak waktu pagi ja...
Dan anda kena pi awai kalao nak makan...
kalao lambat, gigit jari la jawabnya...
Sebab makanan kat kedai ni sangat2 laku...
Macam cucuq pisang panas...
Malangnya kedai ni tak mempunyai nama...
Sebab dia cuma gerai di tepi jalan...
Ianya terletak di seberang jalan berhadapan bangunan Sinar Harian...
Betoi2 lepas trafik light Koew Teow Iman...
Belok kiri dan anda boleh nampak deretan gerai kat sebelah kanan...
Saya tak ingat pulak nama jalannya...
Gerai ini menyajikan hidangan Roti Jala dan Roti Arab...
Terdapat juga pilihan nasik lemak yang dah siap dibungkus...
Kalao anda tengok, mesti rasa macam biasa ja kan...
Tapi yang membuatkan kedai ni spesel ialah roti jalanya...
Nanti bila saya tunjuk gambaq baru anda akan tao apa yang lainnya roti jala kat gerai ni...
Selain dari itu, kuah karinya memang meletup aaa...
Sangat kaya, berperisa...
Pendek kata memang cukup la rasanya...
Itu yang memberi kekuatan kepada roti-roti yang dihidangkan kat gerai ni...
OK, dah cakap banyak pulak...
Jom kita tengok gambaq kalao nak tao apa yang bestnya...
Nak tao saiz sebenaq roti jala tu...?
Tengok ni...
Inilah pemilik kedai selaku chef...
Ini pulak tukang kirai roti jala...
Haa....
Roti jalannya memang lain sebab dia rangup...
Mungkin sebab jaluran yang sangat halus tu kot...
Harganya pulak sangat berpatutan...
RM2.80 untuk sepinggan roti jala dan RM1.50 untuk sebiji roti arab...
Anda jugak boleh pilih kuah kari ayam atao daging...
Dan kalao musim durian, anda jugak boleh pilih kuah durian...
Makan dengan roti jala, memang best aaa...
Kalao anda lalu kat kawasan ni boleh la cuba...
Memang tak menyesal...
Hehe...
Sekian...
No comments:
Post a Comment