Salam semua,
Dah lama rasanya tak post pasai masak2 kan...?
Maklumlah la ni dok dengan mama ngan abah...
Jarang la nak masak pelik2...
Nanti depa tak makan pulak...
Hehehe...
Tiap2 hari asyik menghadap cooking show best2 kat Food Network Asia, teringin plak nak buat kek...
Tapi kali ni bukan kek yang pakai oven...
Resipi ni sesuai untuk sapa2 yang takdak oven atao mixer kat umah...
Sebab tak payah guna pun semua tu...
Resipi ni saya ambik kat sini...
Kira salin balik ja la letak kat sini...
Bagus resipi ni sebab keknya sangatlah lembut, kurang manis, dan sedap sangat...
Hehehe...
Jom kita tengok resipi dulu...
Kek Buah Kukus...
Radas/bahan:
100g buah campuran (mixed fruits) - tapi saya letak dkt2 200g kot
170g mentega bermutu tinggi - guna Golden Churn
1/2 cawan gula hangus ditambah dengan 1/2 cawan air
1 cawan gula kastor - saya buang dalam 4 sudu besaq
3 biji telur gred B
Bahan diayak:
250g tepung
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh sodium bikarbonat
Method:
1. Panaskan kukusan dan sediakan loyang dengan melapik bahagian bawahnya dengan baking paper.
2. Campurkan mentega dan gula kastor dan gaul dengan menggunakan hujung senduk sehingga gula hancur
2. Masukkan gula hangus, telur, tepung, dan buah2 campuran. Gaulkan sehingga sebati.
3. Tuangkan adunan ke dalam loyang, ratakan, dan tutp dengan aluminium foil (untuk tak bagi air menitik ke atas kek.)
4. Kukus selama lebih kurang 2 jam.
5. Bila dah masak, sejukkan dan potong.
OK, jom tengok gambaq pulak...
Selamat mencuba!
**********************
Saya tak sampai hati jugak selalu nak letak apa yang saya masak kat umah...
Kesian pulak kat orang yang jauh di mata tu...
Kang tengok, nangis sorang2 plak...
Kesian dia kna makan kat luaq hari2...
Tabahlah ye, nanti balik cuti I masak sedap2...
2 comments:
puan nurul... nampak sedap sungguh kek kamoo itue... tapi nak buat tue yang mcm susah jew...
hi sha,
hehe..senang ja buat ni...
tak percaya boleh try wat sndiri.. :)
memang berbaloi hasilnya.. :D
Post a Comment