Salam semua,
Selamat hari Sabtu...
Haish, semenjak menjadi suri rumah tangga ni asyik lupa ja hari ni hari apa...
Tadi pun Bedat yang ingatkan hari ni adalah hari Sabtu...
Oh ya,
Hari Sabtu...
Selalunya hari Sabtu kami akan menerima tetamu...
Cik Di selalunya datang menyinggah kat rumah lepas hantaq anak dia ke asrama...
Ataopun singgah nak ambik Tok Bedah sebab selalunya hari cuti macam ni Tok akan tidoq kat rumah kami...
Jadi, bila dah tao ada tetamu nak mai, kenalah bersedia...
Ye tak..?
Takkan la nak jamu ayaq bujang ja...
Padahal kami pun bukannya bujang lagi...
Hehehe...
Untuk minggu ni saya prepare hidangan yang simple ja...
Lagi pun roti pita yang beli hari tu dah nak sampai tarikh luput dah...
Nak harapkan kami kat rumah ni habiskan, maknanya memang berkulat la roti tu...
Almaklumlah kat rumah ni tinggai kami berlima saja...
Mana la nak larat makan banyak2...
Jadi, apa kata kita kendurikan saja semua yang ada tu...
dapat jugak menghiburkan hati dan mengeyangkan kazen2 yang mai...
Ini adalah hidangan untuk hari ini...
Ha...
Ok tak...
Ni nama dia saya buh sendiri...
Piza Pita Tuna bersama Telur...
(Aneh bunyinya...tapi, lantaklah..janji sodap..hihi...)
Radas/bahan:
4 keping roti pita
1 tin tuna (Saya pilih Ayam Brand) - tak kisah la tuna in ayaq ka, minyak ka
2 biji telur - direbus dan dihancurkan
5 sudu besar mayonis
Sos cili secukupnya
Cheddar cheese - diparut
Lada hitam secukup rasa
Garam jika perlu
Method:
1. Panaskan oven pada 175 darjah celcius.
2. Toskan air/minyak dari tuna dan hancurkan isinya.
3. Campurkan tuna, telur, lada hitam, dan mayonis. Gaul sebati. Rasakan. Kalao perlu tambah garam, sila tambah.
4. Spreadkan campuran tuna ke atas roti pita. Tambahkan sos dan taburkan cheddar yang telah diparut tadi.
5. Bakar selama 8 - 10 minit atao sehingga cheese cair.
6. Angkat, potong, dan hidangkan.
Untuk pencuci mulut pulak saya buat ni...
Tapi buruk gilo potong tadi...
Ada lebih sikit lagi tadi simpan untuk Bedat bawak pi sekolah esok...
Nanti la esok saya potong cantik2 then letakkan resipi skali ye...
Hehe...
Itu ja yang nak dikongsikan untuk hari ni...
Selamat berhujung minggu semua.. :D
*********************
Best ja rasa tengok anak2 Cik Di makan tadi...
Habis licin...
Tinggai pinggan ja...
Bila kita masak dan tengok orang makan dengan bersemangat...
Itulah kepuasan yang kita dapat sebenaqnya...
No comments:
Post a Comment