InstaMe

Thursday, June 23, 2011

Macaroon @ macaron

Salam semua,

Hari ni kita akan ke dapur lagi bersama saya...

Hehehe...

Semenjak dua menjak ni ramai jugak yang bercakap2 tentang macaron ni...
Selepas fenomena cup cake, sekarang boleh dikatakan demam macaron mula melanda...
Macaron atao macaroon adalah sejenis dessert yang manis...
Di tengahnya terdapat inti atao filling seperti jem, krim, atao kaya...

Bahan asas dalam macaron ini ialah putih telur...
Yang kemudia digaul bersama 2 jenis gula iaitu gula aising dan gula castor...
Ianya tidak mengadungi tepung, tetapi diganti dengan almond powder atao pun almond yang dikisar halus...

Oleh kerana tertarik dengan prosesnya yang agak unik, saya pun cuba la buat semalam...
Mama pun terkejut...
Tiba2 pukui 12 tengah malam masuk dapuq dan bakaq 'benda pelik'...
Bila mama tanya, nk bagi tao pun tak tao cemana...
Cakap ja la biskut perancis...
Hehe...

Oleh kerana ni first time buat, maka ada la perkara yang lawak terjadi...
Hehehe...

Disebabkan salah guna loyang, maka batch yang pertama rupanya begini...


Macam2 rupa ada...
Hehehe...
lepas tu tukaq la, guna loyang yang betoi2 rata...
Maka jadilah begini...


Bulat kecik..bulat besaq...


Lepas dah pipe semua dalam loyang, kna tunggu pulak dalam setengah jam...
Baru bleh bakaq...

Hasilnya, beginilah keputusan eksperimen semalam...


Yang tak berapa nak jadi...


Yang menjadi...


Suka tengok bila susun macam ni...
 
 
Sebab semalam ada blueberry pie filling saja kat dalam fridge, maka saya guna yang tu ja la..
Ok jugak la rasanya...
Sebab macaron ni manis, bila digabungkan dengan bluberry yang masam2 skett, jadi kombinasi yang sangat sesuai...
Kira OK la untuk percubaan pertama ni...
Hehe...

Ada jugak saya pernah baca, kalao nak lagi sedap, boleh 'peram' macaron ni selama 2 hari...
Supaya dia cukup 'masak' atao 'ranum'...
Untuk mendapatkan tekstur yang lebih 'sempurna'...

Tapi saya tak tao jugak yang saya buat semalam ni rasanya betoi ka tak..
Sebab tak pernah rasa yang betoi2 lagi...
Nanti la bila ada peluang, saya nak beli dan rasa tengok..
Bandingkan dengan yang saya buat...
Baru tao betoi2 jadi ke tak...
Hehehe...

Resipinya kali ni saya ambik kat sini...
Terlebih rajin plak hari ni...
So, saya salinkan balik resipi kat sini ye...

Materials:

2 biji (80gm) telur putih L size
60gm gula kastor (saya guna 50 g)
80gm almond powder
120gm gula aising (saya guna 110g)
sedikit esen vanila

Methods:

1. Ayak almond powder dengan gula aising.
2. Pukul putih telur dengan gula sampai berbuih. Tambahkan esen vanilla dan putar lagi sampai bila tuang pun tak jatuh. (kalao berani, sila try terbalikkan mangkuk adunan atas kepala.hehe.)
3. Masukkan bahan yang diayak sedikit demi sedikit ke dalam adunan putih telur. kacao perlahan2. (Ada blog yang saya pernah baca, dia siap kira berapa kali 'fold' in bahan tu ke dalam adunan untuk dapat konsistensi yang betoi. Kalao nak try bleh, dia buat 65 kali...)
4. Asingkan adunan dan letak pewarna pilihan.
5. Masukkan adunan ke dalam piping bag dan pipe bentuk bulatan di atas baking paper. jarakkan lebih kurang 3cm antara setiap bijik. Kalao ada gelembung udara, cucuk dengan toohpick (untuk elak permukaan berlubang bila dibakaq).
6. Biaq permukaan macarons ni kering dalam lebih kurang 30 minit. Agak2 sampai bila kita letak jari, adunan tu tak melekat kat jari kita.  
7. Bakar dalam oven 150 degree selama 20 minit. (Saya turunkan suhu skett sebelum masukkan adunan dalam oven).
8. Sejukkan sebelum letak inti.


Silalah cuba...
Hehehe...

No comments: