InstaMe

Tuesday, September 27, 2011

Eksperimentasi dan hasilnya...

Salam semua,

Apa kabaq...?
Harap2 semua sihat2 la no...
Mula2 semalam nak tulis pasai Raya taun ni...
Tapi sampai separuh jalan, tiba2 tenet wat hal...
Terus terpadam semua...

Hari ni kita start dengan entri baru la ye...
Sempena majlis perkahwinan bestfren saya, Ain hari tu, saya sempat la siapkan beberapa perkara untuk beliao...
Sebelum ni dah cakap pasai kad kawennya...
Jadi hari ini saya nak cakap tentang hantaran dan pelamin beliao plak la...

Bila Ain nyatakan hasratnya nak mintak saya buatkan hantaran dan pelamin beliao, saya memang dah Terfikir tentang idea menggunakan perspek dan bahan yang ala2 transparent....
Maka bersusah payah la pi cari perspek dan potong kecik2 di sekolah Mama...
Lenguh jugak la tangan nak potong semua tu sebab agak tebai perspek yang saya guna tu...

Lepas tu untuk nak siapkan pelamin tu, kna lah gam semua perspek tu...
Dengan belagaknya saya dan BFF tolak untuk gunakan gam UHU...
Hahaha...
Last2 yang tu ja gam yang boleh digunakan pun...
Sebab Arcrylic Silicone gagal dijumpai...

Inilah hasilnya...
Hehehe...


Kombinasi stool dari Fella Design bersama perspek dan pasu lutsinar serta pasu taman...


Esoknya, saya tambahkan bunga pada langsir tengah...



Perspek lutsinar dicantum untuk membina tempat letak pasu...Cadangnya di dalam kaki tersebut nak letakkan batu2 kecik yang kaler putih tu...Tapi boleh plak lupa beli...haishhh...


Tingkat kedua diletakkan pasu lutsinar yang dilapiskan dengan perspek untuk jadi base pasu kedua yang diisi dengan bunga-bunga hidup...


Lapisan bawah diletakkan pasu yang dibeli dari IKEA dengan harga RM4.90 dan dihiasi dengan bunga kertas....


Pengantin bergambar di pelamin mereka...

Untuk hantaran pula, saya menggunakan konsep yang sama...
Iaitu bekas2 lutsinar yang akan dipadankan dengan manik2 dan bunga kertas....
Oleh kerana warna kegemaran Ain ialah pink, maka saya menggunakan warna pink dan putih untuk keseluruhan hantaran...


Bekas cincin....


Sireh junjung...


Bekas Mas kawen...

Tidak dilupakan juga, bunga pegang hasil tangan Sir Habi dan Faiz...
Menjadi jugak gabungan mereka...
Hehehe...


Bunga tangan paling mahal...hehehe...


Jadi, apa pandangan anda tentang eksperimen saya kali ni...?

No comments: