InstaMe

Wednesday, November 23, 2011

Botol ubat?

Salam semua,

Apa kabaq?
Hari ni saya nak tunjukkan 1 lagi transformasi.
Anda tahu botol ubat?
Ala, yang selalu kita bli makjun @ vitamin tu.
Yang macam ni tu.




OK, tahukah anda bahawa botol ubat ni boleh diubah dan ditransformasikan menjadi sebegini...






Ha,
Percaya tak?
Kalao tak percaya, jom kita tengok macam mana ini boleh berlaku.

Mula-mula kita tengok bahan-bahan yang diperlukan dulu.



Riben, manik juntai2, bunga hiasan, manik ikat besi..(Ikut kreativiti dan hiasan yang anda suka)...



Gula-gula untuk diisi dalam botol...



Kain pilihan bersama getah (saya guna kain organza)...




Jangan lupa gunting dan gam UHU ye...gam pistol pon bleh...



Langkah pertama.
Masukkan gula2 sebelum nak hiaskan penutup botol.


Bila semua dah siap sedia, kita boleh mulakan dengan membalut penutup botol.
Sila gunakan getah bodo kerana ia adalah method yang paling berkesan.
Buatkan macam ni...


Kemudian baru kemaskan dengan riben.


Bila dah siap, sila trim bahagian2 yang berlebihan.
Lepas tu bolehlah lekat hiasan pilihan di atas penutup botol.
Jadilah macam ni...




Ha, dah siap pun.
Senang ja kan..?
Mudah, cepat, dan yang paling penting, jimat.
Lagi pun orang boleh guna balik botol ni untuk simpan apa2 barang.
Jadi, tak la dibuang begitu saja.



Bila dah banyak2 nampak cantik ja kan...?
Inilah hasilnya...
 




OK, Silalah cuba...
Tapi kalao malas, boleh ja tempah kat sini...

abz_junior@yahoo.com

Sekian...

4 comments:

Anonymous said...

Terima kasih untuk blog yang menarik

Mieza said...

creative nye ude ni...awat tak habaq ada blog..kak mieza follow..datang nak copipes resepi brownie tu..nnt nak wat gak..nak wat bila tatau lagi...heeeh

Nurul said...

hehe..tenkiu..
saja ja suka2 tulis blog ni..xramai yg tao pn..hihi..

kalo kak mieza nk try wat brownies tu, bleh lg kurangkan gula dia..sbb tkt manis sgt..hehe...

Lan Kota said...

Kraetif betul... kalau nak botol, lawat www.delimajelita.com