November datang lagi.
Tiap2 tahun bulan ini banyak yang perlu diraikan.
Bermula dengan 28 oktober, hari lahir Nadiah.
11 November hari lahir Bedat.
14 November hari lahir Farhana.
Dan 29 November, ulang tahun perkahwinan kami.
Selalunya bila dah banyak macam ni, ianya akan dihimpunkan menjadi 1 majlis saja. (Memang dasar pemalas. :p)
Maka, kali ini hanya ulangtahun Bedat yang disambut pada harinya.
Manakala ulangtahun Habi dan Nadiah disambut sekali.
Kena berjimat.
Hehe.
OK, jom kita tengok apa yang kami buat sempena dengan hari lahir Bedat tahun ini.
Kek kegemaran beliao. Strawberry cheesecake yang hampir hancur akibat kecuaian. Akhirnya kami hancurkan semua untuk dijadikan ais krim ala2 strawberry cheesecake Baskin Robin.
Semua bersepakat untuk membuat bbq ala korea kerana banyak lebihan daging korban.
Bulgogi ala korea.
Dimakan bersama hidangan melayu, Sup tulang.
Bersama dengan kanji atao bubur nasik atao moi.
Oh ya, selain daripada itu, 2 orang sepupu kami juga berkongsi hari lahir pada bulan ini.
Muhammad pada 6 November.
Dan Amirul atao Yon pada 8 November.
Ini adalah kek yang dibuat untuk Yon.
Malangnya, akibat kurang kesabaran, kek ni jadi ala2 kek Halloween...
Itulah padahnya kalao tidak bersabar.
Ganache tak beku lagi dah nak letak aising. :p
Kek ala2 Halloween untuk Yon.
Nasib baiklah bukan order dari orang luar.
Kalao tak, mungkin agak malu.
Kurang fokus akibat tidak berapa sihat.
Sampai hari ini hidung saya masih dipenuhi mukus.
Dan tekak masih lagi terasa perit.
Masih lagi berharap agar saya dapat sembuh seperti sediakala sebelum Sabtu ini.
Chaiyyok...!
No comments:
Post a Comment