InstaMe

Wednesday, November 9, 2011

Kek Pelangi @ Kek Smurf?

Salam semua,

Memandangkan Sir Habi ada di rumah minggu lepas, maka saya mengambil kesempatan ni untuk buatkan kek harijadi untuk beliao.
Walaupun hari lahirnya dah lepas 2 bulan yang lalu.
Hehe...

Apa boleh buat, masa tersebut masih lagi dalam bulan puasa.
Bila berjumpa masa hari raya, kami tak punya masa untuk celebrate pun.
Jadi dah janji dengan beliao, saya akan buatkan kek untuknya masa cuti kali ni.

Mula2 memang dah ada dalam kepala untuk buatkan beliao kek pelangi.
Sebab macam cantik pulak bila tengok.
Oleh kerana kami berdua amat meminati Smurf, maka tak jadi la buat warna2 pelangi yang sebenar.
Jadi, saya gantikan dengan warna biru.

Kita tengok hasilnya dulu la ye.
Kemudian baru tengok resipi.




OK, sekarang kita tengok resipi pulak.
Resipi ni saya ambil dari Martha Stewart.
Tapi dah convert ke gram.


Kek Pelangi

Materials:
225g mentega
465g gula (saya guna 245g sahaja)
5 biji putih telur - suhu bilik
2 sudu teh vanilla extract
375g tepung
4 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
355g susu - suhu bilik
Pewarna biru (lebih baik gunakan gel)

Methods:
1. Ayakkan tepung bersama baking powder dan garam
2. Putar gula dan mentega sehingga kembang. Masukkan putih telur sedikit demi sedikit. (Sebab saya pecahkan semua dalam 1 bekas) dan pukul sebati.
3. Masukkan sus dantepung berselang seli sebanyak 3 kali. Bermula dengan tepung dan berakhir dengan tepung.
4. Bahagikan adunan kepada beberapa bekas (ikut berapa banyak lapisan yang anda mahu)
5. Tambahkan pewarna, bermula dengan setitik dan meningkat mengikut bekas.
6. Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar sehingga masak. (bila dicucuk, penanda akan keluar dengan bersih)

Untuk filling dengan frostingnya, saya tak gunakan buttercream.
Sebab birthday boy tak suka.
Jadi saya gunakan sos karamel sebagai filling di antara lapisan kek dan chocolate ganache sebagai frostingnya.
Maka, itulah kek birthday Sir habi tahun ni.
Nasib baik beliao suka.
Hehe.

2 comments:

~ ms julie ~ said...

nyum2..sodapnyer ^___^
cilok resipi buley :P

Nurul said...

hehehe...sila2...
hasilnya mmg x mengecewakan.. :D