InstaMe

Wednesday, November 9, 2011

Erti sebuah pengorbanan

Salam semua,

Harap maaf, agak lama juga kali ini saya menyepi.
Mungkin terlalu banyak yang perlu dibuat dalam masa yang sangat singkat.
Ditambah pula dengan persediaan menghadapi sesuatu untuk masa depan kami.
Masa amat berharga bagiku ketika ini.

Minggu lalu sememangnya keseluruhan masa diperuntukkan untuk bersama suami tersayang.
Maklumlah, hanya dapat bersua muka 2 atau 3 bulan sekali.
Maka sememangnya masa bersama amatlah berharga bagi kami.

Ketika ini beliau sedang berhempas pulas mengahadapi peperiksaan akhir.
Aku juga sedang berusaha menyediakan diri untuk sesuatu.
Masing-masing bersepakat bermula semula.
Bermula dari bawah, dari tiada apa-apa.

Jika sebelum ini kami punyai segala-galanya.
Bersama berada di kemuncak kehidupan.
Tika dan saat ini, yang tinggal cuma kami berdua.
Bersama secebis kekuatan dan dorongan dari keluarga tercinta.

Segala yang kami korbankan selama 2 tahun ini terkadang terasa sia-sia.
Kerana bukan semuanya dihargai.
Malah ada kalanya dicaci dan dilekehkan.

Mungkin bagi mereka ini semua tiada apa-apa.
Mungkin bagi mereka ini semua tanggungjawab anak yang tua.
Mungkin bagi mereka ini hanya dibesar-besarkan.

Tapi, ingin sekali aku bertanya,
Jika kamu diminta mengorbankan dua tahun dari hidup kamu.
Melepaskan semua yang kamu ada.
Dan seterusnya bermula semula dari kosong.
Mampukah kamu berbuat begitu?
Sanggupkah kamu melalui semua itu?

Jangan katakan kami tidak ikhlas.
Jangan pernah katakan kami cuma mengikut perasaan.

Kerana bagi kami,
Kamu tidak merasa apa yang kami rasa.
Jadi, jangan kamu cuba menghakimi.

2 comments:

~ ms julie ~ said...

lama tak tinggalkan komen kat blog kamu nie..al-maklumla anak da 2..hi3..tak menyempat2 nak jengah blog kengkawan..

dear,biarla apa org nak kata.mereka tak merasa kepayahan kita.ku pun pernah melalui saat yg memeritkan.. tapi demi anak2 serta kekuatan hubby telah memberikan ku semangat ^________^

Nurul said...

hihi...dh lama tak nampak kamu...
blog pn jarang update.. :D

tenkiu...
hanya org yg pernah merasa akan faham perasaan itu...
huhu...