Wah, mood saya sudah kembali.
Apa taknya, sedang menunggu sang suami pulang.
Alhamdulillah, tamat sudah kursus beliao.
Harap2 selepas ni bertambah murahlah rezeki kami.
Hari ni saya nak tunjukkan bagaimana cara saya melibatkan kanak-kanak semasa majlis kenduri.
Idea ini saya dapat waktu kami adakan majlis makan-makan pada hari raya korban yang lalu.
(Hai, dah berapa lama baru ada hati nak buat entri ini. :P )
Alhamdulillah, taun ini sekali lagi kami dapat menjalankan ibadah korban.
Ia dah jadi macam satu tradisi dalam keluarga kami.
Waktu ni la nak berkumpul ramai-ramai sambil menjamu selera.
Selain daripada menunjukkan rasa syukur kami melalui ibadah korban ini.
Waktu merancang nak buat majlis makan-makan ni, saya terfikir.
Apa kata kalao kali ni saya libatkan kanak-kanak sekali?
Saya cucu yang sulung.
Ibu saya pun anak yang sulung.
Jadi, kami akan ada ramai kanak-kanak dalam majlis-majlis macam ni.
Apa salahnya kalao kali ini saya libatkan sepupu-sepupu cilik saya ni dalam proses penyediaan makanan.
Lalu terhasillah idea ini.
Oleh kerana mereka tak boleh lagi nak main dengan dapur atao pisao, maka saya akan libatkan mereka dalam proses penghasilan dessert atao pencuci mulut.
Untuk itu, saya bakar dalam 30 biji cupcakes dan ajak mereka hiaskan semua cupcakes tersebut.
Dengan itu mereka akan ada benda yang hendak dibuat.
Lebih baik dari hanya makan atao bermain atao menonton tv saja kan?
Jadi, setelah cupcakes tersebut masak, saya terus tuangkan choc ganache.
Dan sediakan bekas yang diisi dengan chocolate rice dan juga manik2.
Mereka semua diberi tugasan untuk menghias dan seterusnya menghidangkan cupcakes tersebut kepada tetamu.
Hasilnya...
Best...kata Pak Lim saya...hehe...
Antara hasil nukilan sepupu-sepupu cilik saya...
Tapi agak kecewa la saya.
Sebab fotografer yang diamanahkan tak menjalankan tugasnya dengan baik.
Saya suruh ambik gambaq keseluruhan aktiviti beserta gambaq cupcakes dengan tuannya.
Tapi tak buat pulak.
Hai, nasib la.
Selalunya bila kenduri atao apa-apa majlis, memang agak susah untuk mengkontrol kanak-kanak ni.
Tambahan pula bagi sepupu-sepupu saya, mereka sangat aktif.
Jadi, kami selalu memikirkan cara macam mana nak tarik minat mereka untuk membuat sesuatu yang berfaedah.
Kiranya sekarang ni, rumah kami memang diplan untuk menjadi lebih 'mesra kanak-kanak.'
Untuk menarik minat mereka, kami wujudkan beberapa corner atao sudut.
Seperti di bawah ini kami namakan 'sudut hobi'
Selalunya waktu mereka berada di rumah kami, kanak-kanak lebih suka tertumpu di sini.
Orang2 dewasa bersembang, kanak-kanak pula melayan fikiran di sini.
Bagaikan di dunia mereka sendiri.
Ada yang bermain keyboard.
Ada yang menyanyi.
Bagi yang pendiam, akan duduk di sudut dan membaca buku.
Satu pemandangan yang sangat indah.
Hehee.
Jadi, tak kisah gaya apa yang kita nak buat untuk rumah kita, jangan lupakan insan-insan cilik di sekeliling kita. :D
No comments:
Post a Comment