Salam semua,
Macam mana dengan layout baru saya?
Ni baru permulaan.
Header belum siap sepenuhnya.
Sebab tak sempat nak install fotoshop lagi dalam laptop setelah baru diformat.
(ye la tu... :p)
Harap maaf ye.
Lama tak muncul dengan tutorial dan resipi.
Resipi la yang paling lama tak letak.
Bukannya tak ada.
Belambak gambaq yang dah diedit, tunggu untuk diuploadkan saja.
Tapi kadang-kadang masa memang tak cukup.
Dan mood jugak tak berapa ada.
Itulah masalahnya dengan saya.
Saya menulis dengan perasaan.
Jadi, jika tiada hati atao tiada mood, memang saya tak dapat menulis.
Kadang-kadang bukanlah tiada masa atao sibuk sangat.
Apa la nak disibukkan jika kerjaya saya sekarang adalah suri rumah kan?
Tapi itulah, semua pun nak dibuat.
Sampai ada masanya, satu pun tak tekerjakan.
Rasa bersalah jugak dengan mereka-mereka yang emel, mintak tunjukkan tutorial.
Juga bagi mereka yang telah saya janjikan di Facebook.
Harap-harap anda bersabarlah dengan saya ye.
Sekali lagi saya katakan.
Bila menulis dari hati, kita tidak bisa memaksa.
Bila mahu, sesibuk manapun akan saya akan tulis.
Bila tidak mahu, biarlah seharian masa terluang, saya tidak boleh.
Jadi, satu persatu saya akan cuba.
Kongsikan apa yang termampu.
Berpuluh2 resipi dan gambaq yang tersedia.
Pelbagai tutorial telah saya rangkakan.
Tapi bila hati tidak ada, apa pun tidak akan menjadi.
Walhal, itulah tujuan utama saya memulakan blog ini 2 tahun lepas.
Ingin berkongsi segala yang ada untuk anda semua.
Tapi kadang-kadang saya sangat slow.
Huhuhu.
Sebab itulah,
Sebab saya menulis dari hati.
Bila hati tidak mahu.
Masakan dapat dipaksa.
Saya tidak mahu menulis kerana mencari followers atau mengejar nuffnang.
Saya tidak menulis untuk muncul di senarai link blog para blogger yang lain.
Saya tidak mahu mempublish post yang tidak ditulis dari hati.
Kerana saya mahu mereka yang membacanya juga membaca dari hati.
Menilai dari hati.
Sekian.
No comments:
Post a Comment