Salam semua,
Apa kabaq...?
Harap2 anda sihat di tahun baru ni...
Selalunya setiap kali tahun baru, saya akan buat recap untuk pencapaian tahun lepas dan juga azam untuk tahun baru....
Tapi bermula dari tahun lepas, saya rasa macam tiada gunanya saya buat begitu lagi...
Mungkin bagi saya, tiada pencapaian yang boleh saya banggakan dalam 2 tahun kebelakangan ini...
Tahun 2011...
Adalah antara yang paling pahit untuk saya harungi...
Entahlah, kadang2 terasa seperti bagaikan jasad tidak bernyawa...
Namun saya masih bersyukur kerana sekurang-kurangnya saya masih ada suami dan keluarga...
Barulah saya faham apa ertinya pepatah hidup ini umpama roda...
Selama ini saya berada di atas...
Tidak pernah tahu rasa susah...
Tidak pernah tahu rasa sakit...
Bila saya berada di bawah, barulah saya sedar...
Barulah saya faham...
Dan barulah saya tahu menghargai apa yang pernah saya ada sebelumnya...
Sebenarnya, kita perlu berada di bawah untuk lebih menghargai apa yang kita ada...
Dan juga sekiranya kita berada di atas kembali, kita jangan sekali-kali lupa perasaan mereka yang berada di bawah...
Kesimpulannya, saya belajar untuk bersyukur...
Bersyukur dengan apa yang ada...
Sempena tahun baru ini, apa yang saya inginkan ialah...
Kekuatan untuk saya bangun semula selepas jatuh terduduk dan terbaring...
Saya perlu kuat untuk bangun...
Merangkak, bertatih, dan seterusnya berlari semula...
InsyaAllah...
Kadang2 kita perlu jatuh tersungkur sebelum bangkit dan berlari lebih laju untuk ke puncak...
Terima kasih kepada mereka yang berjaya membuatkan saya mengalah...
Melepaskan segalanya...
Kerana,
Kali ini saya akan bermula semula...
Lebih baik dari sebelum ini....
InsyaAllah....
All is well... (three idiots) :D
No comments:
Post a Comment