InstaMe

Wednesday, January 20, 2010

Rahsia Inai

Inai dan pengantin....
Memang tak dapat dipisahkan...
Ada setengah orang yang suka pakai inai yang pekat...
Ada pulak yang suka 'lite-lite' je...

Apa pun, bagi seorang pengantin, inai adalah sesuatu yang tak kurang pentingnya...
Ada orang tua2 cakap, warna inai juga menunjukkan sesuatu..
Kononnya semakin dalam @ pekat warna inai di jari pengantin perempuan tu, semakin dalam lah kasih sayang suaminya terhadapnya...
Itu kepercayaan mereka...
Jangan la nanti kalao inai di jari tak merah, merajuk plak sebab kata suami tak sayang...

Dulu waktu kecik-kecik, suka jugak pakai inai yang tradisional ni....
Habis lesung batu mama menjadi sasaran...
Lantai dapuq pun pakai inai sekali kalao kami yang tumbuk...
Lepas tu, ada banyak pantang larang....
Kalao nak pakai, kena pakai malam2...baru merah...
Kalao pakai inai siang hari, jangan keluaq...
Coz kalao keluaq, ayam tengok inai tu, otomatik warna inai takkan merah @ pekat...
(Tak paham jugak apa signifikannya...sian ayam tu....)

Selain dari itu, banyak juga petua2 lain...
Macam kalao nak kaler inai yang pekat, kena tumbuk inai dengan arang...
Tambah air asam jawa....
Kalao nak inai berkilat, lepas buang inai tu, sapu jari dengan minyak masak....
Kalao demam @ tak sihat, jangan berinai, nanti warna inai tu tak pekat....

Tetapi di zaman moden ni, masih adakah orang yang percayakan semua tu....?

Tepuk dada, tanyalah selera...

Sekarang, ramai yang mengambil jalan mudah...
Guna inai di dalam tiub....
Tak pun tempah terus sekali orang yang nak melukis inai...
Kebanyakan pengantin sekarang gemar melukis inai untuk hari persandingan mereka...

Tetapi bagi saya...
it's a big NO..
Mama n abah tak suka lukis2 ni...
Habi pun tak suka...
Lagi pun, ada desas desus yang mengatakan bahawa melukis inai ini adalah salah...
Kerana mengikut2 adat resam kaum lain....
Oleh kerana dah rasa was-was...
Maka kami tak nak menjadikan isu ini kontroversi....
Jadi, pakai je la inai seperti biasa...tak payah nak lukis2...
Memang tradisional habis lah...
Tambahan pula pengantin ni bukan reti dok diam...
Hehe...

Semua orang memuji inai saya pada hari pernikahan hari tu....
Tambah2 bila dilihat dalam gambaq...
Tapi hakikatnya kalao tengok kat luaq, sangatlah pekat...
Mungkin itulah balasan kot...
Sebab kutuk inai Ct Nurhaliza dulu...
Laser sangat mulut...

"Ish2...Nanti kawen aku takmao la pakai inai lama2...nanti jadi macam dia..."

Hahaha...
Kesudahannya, ambik kao..!
Sebijik macam tu...
Nasib baik kat dalam gambaq cantik....
Ramai gak orang tanya....
Cemana wat inai sampai pekat macam tu....

Ha...
Inilah rahsianya...
Pada mulanya saya nak pakai inai tradisional...
Siap tempah Bedat untuk menjadi tukang tumbuk....
Farhana pulak jadi tukang pakaikan....
So, malam tu pakailah inai...

Nak dijadikan cerita, saya tersalah makan petang tu...
Gatai sangat makan seafood...
So bila dah pakai inai, macam gorilla bergolek2 la kat atas lantai...
Gatai 1 badan...
Habis smua inai tercabut....
Dah tak tahan sangat, saya cabut ja smua inai tu...
Makan ubat semua, rasa lega skett...
Tapi inai tu tak sempat nak merah la...
Apa taknya, pakai dalam sejam lebih ja...tak sempat kering pun lagi...

Jadi pagi tu saya guna la inai tiub yang dibeli kat Mekah....
Cadangnya nak pakai sat ja...
Coz inai tu cepat merah...
Dalam setengah jam pun dah cukup...

Nak dijadikan cerita lagi, saya tertido akibat penangan ubat alahan tu...
Sedaq2 dah 2 jam saya pakai inai...!
Habislah..!
Basuh2...tengok....
Dem...!
Dah macam Ct Nurhaliza...
Hah, ambik...!

Tapi ada hikmahnya jugak...
Tengok la inai tu dalam gambaq....
I Loikkeee.....hihi....



4 comments:

nadiazakaria said...

hoho org yg bg ang pkai inai 2nd tym smpai jd lwa..komisen2..

syarina said...

nk tny inai mekah jenis apa erk pakai?? cntik sgt

syarina said...

salam..
nak tanya inai mekah jenis apa erk pakai?? cantik :)

Nurul said...

Inai ni yg dalam tiub...brand rani...mmg kitaorg simpan stok sbb warnanya cantik n cpt merah...