InstaMe

Sunday, August 22, 2010

Sup Tulang...

Alhamdulillah, semalam boleh jugak masak untuk bukak posa...
Selalunya kami makan nasik tomato yang dijuai tu ja...
Simpan skett untuk kami 2 orang...
Lama2 bosan gak kan...?

Tapi dalam ramai2 pelanggan kami....
Ada sorang budak perempuan...
memang pure Kedahan la...
Tiap2 hari mai beli nasik tomato...
Tapi semalam dia request nasik daging...
So kami buat jugak untuk dia...
Habis pulak dia borong...
Kadang2 siap bawak geng mai beli...

Bila tengok dia, rasa macam tengok diri sendiri plak...
Sebab kalao saya boleh balik Kedah, hari2 mesti nak cari nasik tomato...
Kalao tak beli kat Pak Cik Sobri, mesti beli kat Raffik, tak pun Pak Long...
Janji boleh makan nasik tomato....
Hehe....

Ada gak hantu nasik tomato lain selain saya...
Tapi adik ni best skett sebab dia hantu nasik tomato saya...
Wakakaka...

Ok, melalut plak lagi...
Asalnya nak tulis resipi sup tulang semalam...
Jom tengok resipinya...

Sup Tulang

Materials:
500g tulang lembu
Sebungkus peket rempah kasar (Sup Tulang ADABI)
3 - 4 inci halia (Saya suka letak lebih)
5 biji bawang merah (ditumbuk)
3 biji bawang putih (ditumbuk)
2 biji kentang dipotong baji
1 biji lobak merah dipotong panjang (jika mahu)
5 biji cabai melaka (cili padi)
Garam secukup rasa
Air secukupnya untuk merebus
Daun sup dan daun bawang untuk hiasan

Methods:
1. Rebuskan tulang bersama halia sehingga lembut.
2. Tambahkan bawang yang telah ditumbuk bersama rempah kasar
3. Masukkan kentang dan perasakan dengan garam
4. Masukkan cili padi dan masak lagi sehingga kentang empuk
5. Taburkan daun sup dan daun bawang sebelum dihidangkan.


Mudah dan ringkas kan...?
Ok, tengok gambaq pulak...



Waktu ni dah tinggai 3 ketui ja tulang...
Sahur tadi semua dah licin...
Senang skett basuh periuk...

No comments: