InstaMe

Wednesday, October 27, 2010

Apa lagi yang anda boleh buat dengan roti?

Salam semua,

Dah lama rasanya tak masukkan entri mengenai masakan kan?

Baiklah, kali ini kita akan tengok apa lagi yang boleh kita buat untuk sarapan pagi. Kali ini saya memilih roti sebagai subjek asas.

Seperti yang kita tahu, roti merupakan satu pilihan lain selain nasi untuk sarapan pagi. Ini kerana ia lebih ringan daripada nasi, tetapi mampu memberikan tenaga yang mencukupi untuk kita mengharungi hari yang mendatang.
(Adoi, bulan bahasa la katakan, berbunga-bunga pulak rasanya. :D)

Selalunya roti akan dihidangkan dengan pelbagai cara, seperti sandwich, toast, frech toast, atau hanya dimakan kosong atau disapu mentega atau jem. Kali ini saya akan tunjukkan cara lain untuk membuat sandwich sardin dan juga cara mempelbagaikan hidangan roti bersama sapuan lepa kacang (peanut butter)

Resipi pertama ini terhasil daripada lebihan sardin yang dimakan malam sebelumnya. Saya sudah agak bosan menghidangkan sandwich biasa sebagai sarapan. Maka, saya menggunakan apa yang ada di dapur untuk menghasil 'mini pizza sardin' dengan menggunakan roti, sardin, mayonis, mentega, dan keju. Cara menyediakannya juga amat mudah.


Mini Pizza Sardin


Radas/bahan:

3 keping roti - (Gardenia)
2 ketul ikan sardin - (dicincang halus dan dimasak di dalam kuah bersama sedikit bawang besar. Jangan lupa tambah garam dan sedikit air limau nipis)
2 sudu mayonis
2 sudu mentega
Keju (secukup rasa)

Kaedah:
1. Panaskan oven kepada suhu 165 darjah selsius.
2. Sapukan mentega ke atas roti. Letakkan ikan sardin di atas roti dan ratakan.
3. Letakkan mayonis dan parut keju ke atasnya. Ulangkan langkah di atas untuk roti seterusnya.
4. Letakkan ke atas dulang pembakar dan bakar selama 10 minit.

Inilah hasilnya. Gambar kenangan sebelum masuk ke dalam oven.


Kenangan sebelum masuk ke dalam perut. Hehe.


Resipi kedua ialah:

Roti Bakar Lepa Kacang Istimewa

(Direct translation from Special Peanut Butter Toast. Boleh ke?)

Radas/bahan:

4 keping roti (Gardenia)
2 biji telur - dikacau sebati
Lepa kacang
Mentega
Sirap 'maple'

Kaedah:
1. Sapukan lepa kacang ke atas roti. Lapiskan dengan sekeping lagi roti di atasnya.
2. Panaskan kuali dan masukkan mentega.
3. Celupkan roti ke dalam telur dan letakkan ke dalam kuali.
4. Masak sehingga kedua-dua belah roti garing.
5. Angkat dan letakkan ke dalam pinggan. Hidangkan dengan meletakkan sedikit mentega dan sirap maple di atas roti.

Hasilnya. :D




Inilah saja hasil eksperimentasai saya kali ini. Nanti kalau ada hasil-hasil menarik lagi dari makmal masakan saya, akan saya kongsikan di sini. :)

No comments: