InstaMe

Sunday, October 31, 2010

Makan Malam Dalam 20 Minit...?

Salam Ahad,

Kat Terengganu sekarang ni masih lagi hujan...
Rasa macam waktu mula2 datang belajar ja...
Bila hujung tahun, hujan mencurah2...
Tak macam 2 3 tahun lepas, musim tengkujuh kurang dirasakan...
Mungkinkah tahun ini kami akan berpeluang 'merasa' kembali suasana tengkujuh yang sebenar seperti dulu...?
Kita tunggu dan lihat.. :)

Hari ini saya nak berikan tips-tips untuk mereka2 yang bekerja...
Biasalah, bila dah kerja, balik rumah mestilah penat...
Saya dulu pun begitu juga...
Setiap kali pulang dari kampus, terus ke dapur...
Sediakan apa yang patut...

Tapi saya ada cara tersendiri untuk memastikan kerja2 saya di dapur ketika itu lebih praktikal dan yang penting, menjimatkan masa...
Salah satu cara untuk menjimatkan masa ialah dengan menyediakan bahan2 terlebih dahulu sebelum kita menyimpannya di dalam peti sejuk...
Selalunya saya akan membeli bahan2 basah setiap hujung minggu...
Atau setiap kali kami pergi ke Mydin... :D
Jadi, semuanya akan disimpan ke dalam peti ais sebelum digunakan...

Kadang2 kita tidak sedar masa yang kita ambil untuk memasak itu lebih banyak dihabiskan untuk menyediakan bahan...
Jadi, jika kita boleh sediakan bahan yang kita ingin gunakan lebih awal, maka masa akan dapat dijimatkan di situ...
Ye tak..?

Misalnya sayur-sayuran...
Jika kita mahu menjimatkan masa, selepas kita beli sayur di pasar, apa kata basuh dahulu sebelum disimpan...?
Selalunya untuk sayuran seperti bayam atau sawi, saya akan ceraikan dan basuh terlebih dahulu sebelum disimpan...
Jadi, bila diperlukan, kita hanya perlu keluarkan, bilas, dan potong ikut kehendak kita...
Ataupun boleh juga dipotong terlebih dahulu sebelum disimpan...
Lebih menjimatkan masa...
Tambahan pula, saya pernah terbaca bahawa sayuran yang dibasuh terlebih dahulu sebelum disimpan akan menjadi lebih segar dan tahan lebih lama...

Begitu juga dengan daging atau ayam...
Saya akan pastikan saya memotong daging atau ayam siap2 sebelum disimpan...
Tetapi ada juga sebahagian yang saya tidak potong untuk perkara-perkara yang tidak dijangka...
Hehe...
(Misalnya tiba2 nak makan chicken chop ke, daging panggang ke...)

Jadi, tidak salah rasanya untuk kita 'mencuri' masa dengan melakukan persediaan awal sebelum memasak...
Tapi kadang2 berlaku juga perkara di luar jangkaan seperti tiba2 ada orang mahu singgah makan di rumah, maka terpaksalah bermula dari awal penyediaan kerana bahan2 baru saja dibeli...
Itu memang tidak dapat dielakkan...
Nasib baik saya mempunyai 'pembantu' yang baik...
Iaitu Habi... :D

OK, hari ini saya nak tunjukkan 1 resipi...
Memang saya dah setkan masa...
Bermula dari memotong ayam dan sayur-sayuran...
(Ini kiranya resipi yang tidak dirancang...)
Ini selalunya terjadi bila dah tersangat lapar...
Tetapi malas mahu makan di luar... :D

Kena gunakan kedua2 belah dapur...
Di mana satu digunakan untuk memasak nasi...
(Kalau kami berdua, memang jarang guna 'rice cooker' sebab tak berbaloi untuk masak 1 pot beras saja...)

Manakala sebelah lagi digunakan untuk memasak ini:

Ayam Masak Paprik

Bahan/radas:

2 ketul bahagian ayam dipotong kecil2
3 batang 'baby jagung' - dipotong memanjang
3 batang kacang panjang - dipotong
sedikit bunga kobis - dipotong kecil2
2 helai daun limau purut
1 batang serai - dititik
4 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos tomato
4 sudu besar sos tiram
(OK, tipu..semua sos tu saya tak sukat pun, main masuk ja...itu anggaran semata2...)

**Garam jika perlu (Kadang2 tak payah masuk garam sebab sos tiram dah sedia masin)

Bahan ditumbuk:
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
3 biji cili padi

Kaedah:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk bersama ayam sehingga air ayam kering.
2. Masukkan sayuran bersama serai dan daun limau purut.
3. Masukkan semua jenis sos dan rasakan. Jika tidak cukup masin, tambahkan garam.
4. Tunggu sehingga mendidih dan angkat.
5. Hidangkan. Kalau nak sedap lagi, boleh tambah hidangan telur dadar.

Memang senang...
Sebenarnya tak sampai 20 minit pun...
Sekejap saja dah dapat 1 hidangan yang seimbang...
Ada protein dari daging, dan vitamin dan serat dari sayuran...
Makan dengan nasi panas dan telur dadar memang menyelerakan...
Habi kalau hidangkan makanan macam ni pun dah cukup...
Memang bertambah nasinya.. :)

Tengok gambar sikit...





OK, kalau terliur silalah cuba...
Hehehe...

No comments: